awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi mencari anggota komando yang dikhuatiri lemas masuk hari keempat

Bernama
Bernama
10/02/2023
04:23 MYT
Operasi mencari anggota komando yang dikhuatiri lemas masuk hari keempat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota komando yang dikhuatiri lemas selepas hilang semasa mengikuti latihan menyelam di perairan Pulau Undan, kini memasuki hari keempat. - Gambar ihsan APMM Melaka dan Negeri Sembilan
MELAKA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota komando yang dikhuatiri lemas selepas hilang semasa mengikuti latihan menyelam di perairan Pulau Undan, kini memasuki hari keempat.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, setakat semalam tiada petunjuk baharu ditemukan, dan operasi hari ini bagi mencari anggota komando yang berusia 25 tahun itu telah dimulakan kira-kira pukul 7 pagi.
"Operasi akan diteruskan dengan bantuan tambahan dari pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pula telah memaklumkan kejadian ini kepada Indonesia untuk memberi perhatian (memantau) di kawasan perairan mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah APMM Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, pencarian pagi ini dipecahkan kepada enam sektor bagi aset di laut dan dua sektor bagi aset di udara untuk memudahkan kerja-kerja pencarian.
"Sebanyak 17 aset diatur gerak ke lokasi pencarian terdiri daripada 15 aset laut dan dua aset udara dengan 205 orang anggota dari pelbagai agensi meliputi kawasan sektor pencarian seluas 1,000 kilometer persegi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC), Putrajaya telah memaklumkan kepada pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia bagi membantu operasi ini kerana terdapat kemungkinan mangsa telah dihanyutkan ke perairan negara jiran itu berdasarkan data dan maklumat Search and Rescue Optimal Planning System (SAROPS).
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya terus ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam bagi membantu operasi," katanya.
Pada 7 Feb lepas, media melaporkan L/Kpl Edrin Baintim, 25 dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#komando
#lemas
#latihan menyelam
#perairan Pulau Undan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan