awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi pemadaman bomba terhalang, 7 rumah hangus terbakar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/08/2019
20:44 MYT
Operasi pemadaman bomba terhalang, 7 rumah hangus terbakar
Lebih 50 anggota, termasuk anggota bomba sukarela, dengan tujuh buah jentera, terlibat dalam operasi pemadaman.- Astro AWANI
Tekanan air rendah dan kekurangan bekalan air yang dihadapi pasukan bomba dan penyelamat menyebabkan tujuh buah rumah separa kayu musnah dalam satu kebakaran pada malam tadi.
Tujuh rumah yang didiami sembilan keluarga melibatkan lebih 30 penghuni di Kampung Dusun Raja, hangus dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 9 malam.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Mohd Wildan Azhari, faktor kekurangan air serta tekanan air rendah dari pili bomba merencatkan operasi pemadaman anggota bomba.
“Kami sudah cuba sedaya upaya melibatkan lima buah balai dan enam hingga tujuh jentera.
“Kami menggunakan air pili bomba dan terpaksa berpatah balik. Ia memakan masa tetapi memandangkan ada masalah air, ia merencatkan operasi pemadaman kami.
“Pihak saya akan bincangkan hal ini,” kata Mohd Wildan.
Lebih 50 anggota, termasuk anggota bomba sukarela, dengan tujuh buah jentera, terlibat dalam operasi pemadaman.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca serta jumlah kerugian dalam siasatan pihak bomba.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang turut berada di lokasi kejadian mengakui tekanan air rendah yang dihadapi oleh pasukan bomba menjejaskan operasi pemadaman kebakaran.
Katanya, kerajaan negeri perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tekanan air rendah dalam kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk terutama dalam bandar Kota Bharu.
Penghuni yang terlibat dalam kebakaran dan kehilangan tempat tinggal akan ditempatkan di sebuah dewan sementara sebelum proses selanjutnya dilakukan.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#hangus
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan
#Kampung Dusun Raja
#kurang bekalan air
#Mohd Wildan Azhari
#operasi pemadaman
#rumah
#tekanan air rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan