KOTA KINABALU: Operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di Sabah telah dimulakan pagi ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia yang menjalankan operasi itu berlepas dari Pangkalan Udara Labuan pada kira-kira 9 pagi tadi.
"Semoga dipermudahkan segalanya," katanya dalam kenyataan dalam laman Facebooknya hari ini.
Hajiji turut berkongsi gambar pesawat C-130 Hercules milik TUDM berpangkalan di Labuan bersama kru yang menjalankan operasi itu.
Selain TUDM, operasi itu dijalankan bersama agensi lain antaranya Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri Sabah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dan Jabatan Bekalan Air Labuan.
Semalam, Hajiji dilaporkan berkata MetMalaysia telah mengesyorkan operasi pembenihan awan dilakukan di kawasan terjejas akibat cuaca panas dan kering bermula hari ini hingga Sabtu ini.
Beliau berkata operasi pembenihan awan akan dijalankan berdasarkan ramalan atmosfera awan yang sesuai untuk menghasilkan hujan, dengan kos ditanggung NADMA manakala MetMalaysia menyediakan sumber manusia dan bantuan teknikal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Hajiji berkongsi gambar pesawat C-130 Hercules milik TUDM berpangkalan di Labuan bersama kru yang menjalankan operasi itu. - Foto FB Hajiji Noor
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Sabah teruskan operasi pembenihan awan jika kemarau berlanjutan - Hajiji
Beliau berkata OPA akan dilakukan dari semasa ke semasa sehingga ia boleh membantu mengurangkan bebanan bekalan air di beberapa kawasan di negeri itu.
KADA laksana pembenihan awan jika kemarau berterusan hingga April
KADA akan melaksanakan operasi pembenihan awan bagi menyelamatkan tanaman padi jika kemarau berlanjutan sehingga pertengahan April depan.
Tiada hujan selepas pembenihan awan - PBAPP
K.Pathmanathan berkata perkara itu berkemungkinan disebabkan keadaan atmosfera dan awan yang tidak begitu menggalakkan pada masa tersebut.
Operasi pembenihan awan di Pulau Pinang ditunda ke awal Mei
Ia bertujuan memaksimumkan potensi hujan lebat berdasarkan keadaan cuaca yang optimum.
Operasi pembenihan awan di Kedah dan Pulau Pinang
MetMalaysia melancarkan operasi pembenihan awan (OPA) bagi mengatasi masalah bekalan air yang terjejas di sekitar kawasan takungan air.
Operasi pembenihan awan hari ini, esok dibatalkan
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jailan Simon berkata OPA dibatalkan kerana keadaan atmosfera yang kering.
Selangor akan laksana pembenihan awan di kawasan IPU lebih 200
Hee Loy Sian dalam satu kenyataan berkata langkah itu dipersetujui semasa Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam.
OPA hasilkan hujan di Beris dan Padang Besar pada hari keenam operasi
Operasi pembenihan awan yang turut dilakukan di beberapa lokasi di empangan lain di Kedah, Perak Melaka dan Negeri Sembilan bagaimanapun gagal menghasilkan hujan.