BIDOR: Operasi mencari dan menyelamat seorang warga emas dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Tambahan, Jalan Teluk Intan, dekat sini, dua hari lalu, diperluaskan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, kawasan pencarian diperluaskan sejauh dua kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Mangsa, A. Naraina, 73 hanya disedari hilang oleh keluarga apabila dia tidak berada di rumahnya.

Operasi pencarian turut dibantu anggota dari Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Multi Skill Team (MUST) dan Unit K9. - Foto JBPM

JBPM menerima panggilan mengenai kehilangan itu pada 2.30 petang Khamis.

Operasi pencarian yang dimulakan jam 3 petang semalam melibatkan 38 keanggotaan dari bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)

Operasi pencarian turut dibantu anggota dari Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Multi Skill Team (MUST) dan Unit K9.