awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan diperluas

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
08/02/2023
02:45 MYT
Operasi SAR komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan diperluas
Operasi SAR Lans Koperal Edrin Daintin yang dikhuatiri lemas ketika latihan menyelam di perairan Pulau Undan semalam, diteruskan kira-kira jam 8 pagi tadi. - Foto ihsan Maritim
MELAKA TENGAH: Radius pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR) komando tentera darat Lans Koperal Edrin Daintin, 25 tahun, yang dikhuatiri lemas petang semalam diperluas sehingga 1,040 kilometer (km) persegi hari ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, Pasukan Pangkalan Hadapan Carilamat juga mula diaktifkan di Pulau Besar.
“Operasi SAR diteruskan hari kedua seawal jam 8 pagi ini dengan penglibatan dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dengan sembilan aset daripada agensi lain.
“Ia termasuk pesawat Dolphin daripada Maritim, pesawat King Air daripada Pasukan Gerakan Udara, RH 22 dari Pasukan Polis Marin, bot Kevlar daripada Bomba dan lima bot taktikal daripada tentera dan keluasan sektor pencarian pada hari kedua adalah meliputi 1,040km persegi,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh terus menyalurkannya kepada pusat operasi Maritim di talian 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam.
Semalam Astro AWANI melaporkan seorang anggota komando tentera dipercayai hilang sewaktu menjalani latihan menyelam di kedudukan 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan, di sini.
Mangsa dikatakan hilang sewaktu menjalani latihan pada kedudukan 1.35 kilometer barat daya Pulau Undan yang berkedalaman 40 meter.
Difahamkan, mangsa bertugas di Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor.
Topic Berkaitan
#Iskandar Ishak
#Pulau Undan
#komando dikhuatiri lemas
#latihan menyelam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan