KUALA LUMPUR: Operasi Stesen LRT (Transit Aliran Ringan) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi pada Sabtu, 28 Januari 2023.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata, pelanjutan tempoh operasi itu adalah bagi menampung jumlah penumpang yang dijangka meningkat susulan beberapa acara berlangsung di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil.
Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, Prasarana memaklumkan operasi semua stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir.
"Manakala, operasi bas Rapid KL bagi laluan-laluan yang terpilih akan dilanjutkan sehingga 2.30 pagi.
"Berikutan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya, para penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan untuk ke Stesen LRT Bukit Jalil," menurut kenyataan itu.
Prasarana juga menasihatkan penumpang untukterus membeli token perjalanan pulang sebaik sahaja tiba di Bukit Jalil atau menggunakan kad Touch ‘n Go bagi mengelakkan kesesakan berlaku.
"Keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami. Anggota Polis Bantuan tambahan akan ditempatkan di stesen-stesen utama bagi mengawal pergerakan penumpang.
"Pihak Prasarana meminta penumpang agar mematuhi peraturan ketika menggunakan perkhidmatan rel dan bas, termasuk sentiasa memakai pelitup muka.
"Kami memohon maaf di atas kesulitan akibat daripada gangguan perkhidmatan di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya," menurut kenyataan itu lagi.
Pengguna boleh melayari laman sosial Prasarana bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci berhubung waktu operasi terkini, laluan alternatif dan perkhidmatan bas disediakan pada Sabtu.
Astro Awani
Sat Jan 28 2023
Prasarana menasihatkan penumpang untukterus membeli token perjalanan pulang sebaik sahaja tiba di Bukit Jalil atau menggunakan kad Touch n Go bagi mengelakkan kesesakan berlaku. - Foto fail
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 2 pagi
Operasi semua stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir.