awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi tangkap anjing liar sebulan sekali - Jabatan Veterinar

Salim Aziz
Salim Aziz
30/01/2018
09:01 MYT
Operasi tangkap anjing liar sebulan sekali - Jabatan Veterinar
Jabatan Veterinar Daerah Pokok Sena berkata operasi penangkapan anjing liar dilakukan sebulan sekali. - BERNAMA/Fail
Jabatan Veterinar Daerah Pokok Sena berkata pemantauan terhadap anjing liar di negeri itu dijalankan sebulan sekali dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Pegawai Perkhidmatan Veterinar daerah itu, Siti Nurhidayah Kamalina berkata, Jabatan Veterinar sentiasa memberikan respon segera bagi setiap kes gigitan yang dilaporkan.
"Operasi penangkapan anjing liar secara berkala iaitu sebulan sekali juga dilakukan. Kita terima aduan secara lisan dan selapas menerima aduan tersebut kami akan ke tempat kejadian.
"Selalunya pemberi aduan akan memberitahu masa dan tempat anjing-anjing ini berkeliaran. Terutamanya pada jam 9 malam.
"Terdapat juga aduan yang anjing-anjing ini keluar pada awal pagi sekitar jam 4 atau 5 pagi di beberapa tempat berlainan," katanya.
BACA: Masalah anjing liar ancam penduduk tempatan
Sepanjang 30 tahun lalu, lebih 30 ekor anjing liar telah ditangkap di Pokok Sena dan dikuarantinkan di bawah MBAS untuk tindakan lanjut.
Untuk rekod, Kedah pernah diwartakan sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila pada 17 September 2015.
Sebelum ini, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim pernah mengarahkan pemantauan yang lebih ketat dilakukan di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dan Durian Burung.
Ia bagi mengawal kemasukan binatang peliharaan oleh pelancong luar.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#anjing gila
#anjing liar
#Jabatan Veterinar
#pokok sena
#rabies
#serangan anjing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan