awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi TNB tidak terjejas dengan pemberian Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan - Mahdzir

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
21/06/2020
10:19 MYT
Operasi TNB tidak terjejas dengan pemberian Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan - Mahdzir
Jelas Mahdzir, TNB juga akan berusaha melaksanakan penyesuaian dalam menampung pelbagai kos berkaitan yang berkemungkinan meningkat atau terjejas susulan penyaluran bantuan tersebut. - Foto Astro AWANI
Operasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) khususnya dalam memastikan infrastruktur serta bekalan elektrik negara terjamin, tidak sesekali akan terjejas pemberian Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.
Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan keputusan bagi perlaksanaan bantuan tersebut telahpun dipersetujui TNB dan Kerajaan Persekutuan dalam menjalankan tanggungjawab secara bersama.
Tambahnya, walaupun bantuan tersebut melibatkan pemberian elektrik percuma selama tiga bulan kepada empat juta pengguna, kesemua perkara asas terutama melibatkan penyelenggaraan infrastruktur TNB akan berjalan seperti biasa.
Jelas Mahdzir, TNB juga akan berusaha melaksanakan penyesuaian dalam menampung pelbagai kos berkaitan yang berkemungkinan meningkat atau terjejas susulan penyaluran bantuan tersebut.
"Kita mengambil tanggungjawab sebab disebut oleh perdana menteri, yang berhormat menteri semalam bahawa ini adalah tanggungjawab bersama di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.
"Maknanya (bantuan) tidak akan menyebabkan permasalahan kepada kita kerana kita akan sesuaikan. Demi kepentingan rakyat untuk sambung segala kemudahan, segala pembaikan, segala repair, maintainance, semua akan berjalan seperti biasa di TNB," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung pengumuman kerajaan mengenai Bantuan Prihatin Elektrik tambahan di Pejabat UMNO Parlimen Padang Terap di sini pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Mahdzir menyatakan bahawa TNB turut akan mempergiatkan sesi penerangan kepada pengguna berhubung bantuan itu selain memberi pemahaman mengenai kaedah bacaan meter yang dilakukan ketika ini.
Semalam Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, mengumumkan seramai empat juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.
Pengguna yang terlibat akan menerima bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada Julai dalam bentuk rebat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kerajaan
#Mahdzir Khalid
#Media
#menteri
#operasi
#Parlimen
#Pengerusi TNB
#Perdana Menteri
#rakyat
#TNB
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan