awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operator kilang maut terjatuh dalam mesin pengisar

Bernama
Bernama
15/03/2022
04:15 MYT
Operator kilang maut terjatuh dalam mesin pengisar
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk ujian calitan COVID-19 dan bedah siasat. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang operator kilang maut selepas terjatuh ke dalam sebuah mesin pengisar membuat mozek di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang di Iskandar Puteri, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berkenaan, Fenddy Asim, 19, meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan bahu.
"Ketika kejadian kira-kira 11.30 pagi, mangsa (Fenddy) sedang tunduk melakukan pembersihan pada mesin tersebut dan secara tiba-tiba mesin itu telah berputar menyebabkannya terjatuh lalu kepala dan bahunya terkena mesin.
"Seorang rakan sekerja mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut bergegas mematikan suis mesin dan kemudian memanggil rakan sekerja lain untuk membantu mengeluarkan mangsa dari dalam mesin tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dzulkhairi berkata Fenddy dibawa ke klinik berhampiran pada 11.35 pagi untuk rawatan namun dia yang berlumuran darah di bahagian kepala dan telinga, disahkan meninggal dunia oleh doktor.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang kesalahan jenayah. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk ujian calitan COVID-19 dan bedah siasat," katanya.
Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operator kilang
#mesin pengisar
#mozek
#Fenddy Asim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan