awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops GASAK bukan bertujuan tarik subsidi LPG - Armizan

Bernama
Bernama
15/05/2025
10:53 MYT
Ops GASAK bukan bertujuan tarik subsidi LPG - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelaksanaan operasi menerusi Ops GASAK bukan suatu peraturan baharu tetapi merupakan undang-undang sedia ada yang dikuatkuasakan melalui ketangkasan penguatkuasaan kementeriannya. - Gambar fail/Astro AWANI
CYBERJAYA: Ops GASAK yang dilaksanakan awal bulan ini bukan bertujuan menarik subsidi gas petroleum cecair (LPG) sebaliknya memperkasakan peruntukan sedia ada bagi mengekang ketirisan subsidi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelaksanaan operasi menerusi Ops GASAK bukan suatu peraturan baharu tetapi merupakan undang-undang sedia ada yang dikuatkuasakan melalui ketangkasan penguatkuasaan kementeriannya.
"Kita tahu ada pihak tertentu yang risau dan meminta supaya kita melihat semula pendekatan yang kita laksanakan. Ingin saya tegaskan di sini bahawa ini bukan satu pendekatan untuk menarik subsidi, tidak... subsidi dikekalkan.
"Apa yang kita buat melalui Ops GASAK ini adalah memastikan bahawa kita dapat mengekang ketirisan subsidi dan yang kedua, ini bukan peraturan baharu. Ini peraturan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Akses Pasaran Runcit dan Majlis Penghargaan Usahawan Sektor Peruncitan di sini hari ini.
Ops GASAK dilancarkan pada 1 Mei lepas di bawah kerangka inisiatif 'Kita Gempur' yang bertujuan memastikan gas memasak bersubsidi tidak disalah guna oleh industri yang tidak layak atau diseludup ke luar negara.
ARMIZAN-OPS GASAK 2 (AKHIR) CYBERJAYA
Ditanya mengenai cadangan pengusaha dobi agar kerajaan menangguhkan tindakan penguatkuasaan Ops GASAK terhadap sektor itu, Armizan menyarankan pihak terlibat untuk melihat kembali model perniagaan mereka dan segera membuat peralihan.
"Hal ini kerana ada sektor perniagaan tertentu yang telah pun memastikan mereka mematuhi peraturan iaitu menggunakan gas LPG yang tidak disubsidi," katanya.
Media baru-baru ini melaporkan pengusaha dobi memohon agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mempertimbangkan semula pendekatan Ops GASAK demi kelangsungan industri dobi tempatan yang turut menyumbang kepada peluang pekerjaan dan ekonomi setempat.
Cadangan dikemukakan termasuk pemberian pengecualian bersyarat yang membolehkan pengusaha dobi mikro, kecil dan sederhana terus menggunakan LPG bersubsidi di bawah pemantauan pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ops Gasak
#subsidi LPG
#Armizan Mohd Ali
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan