awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Khas Motosikal: 200 individu termasuk remaja ditahan

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2021
22:27 MYT
Ops Khas Motosikal: 200 individu termasuk remaja ditahan
Operasi khas itu turut dilakukan bagi mengesan pemandu di bawah pengaruh alkohol. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 200 individu termasuk remaja ditahan dalam Ops Khas Motosikal di Jalan Tun Razak di sini pada pagi Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifuddin Mohd Salleh berkata, operasi yang bermula jam 12 malam itu dilakukan bagi mencegah kegiatan samseng jalanan serta mengesan individu yang menggunakan motosikal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Katanya, ketika diperiksa ada kumpulan remaja memberi alasan motosikal ditunggang mereka milik ibu bapa.
Selain itu, jelasnya, operasi berkenaan bertujuan mengesan pemandu di bawah pengaruh alkohol serta mereka yang terlibat dalam lumba haram.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk ujian saringan air kencing dan semakan rekod jenayah.
"Selain daripada operasi motosikal, kita juga melakukan operasi ini untuk mengesan pemandu mabuk di Kuala Lumpur.
"Ketika operasi ini dijalankan kami mendapati ada individu yang menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya iaitu lumba haram.
"Kami akan teruskan operasi ini dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana seperti yang kita tahu kenderaan mula bertambah di pusat bandar," katanya.
Sarifuddin berkata, lebih 300 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya ekzos bising serta nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
Beberapa buah motosikal disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur ekzos kenderaan.
Topic Berkaitan
#samseng jalanan
#Op Khas Motosikal
#Sekatan Jalan Raya
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan