NATIONAL
Ops Kutip: 143 PATI dicekup Jabatan Imigresen

Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada dokumen pengenalan diri, tinggal melebihi tempoh dibenarkan, serta penggunaan dokumen tidak sah. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seramai 143 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan besar-besaran yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sekitar ibu negara hari ini termasuk di sebuah pusat beli-belah.
Ringkasan AI
- Penahanan Besar-besaran: Seramai 143 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi besar oleh JIM di ibu negara, dengan 964 individu diperiksa termasuk 273 warga asing dan 691 rakyat Malaysia.
- Cubaan Melarikan Diri & Kesalahan Dikesan: Beberapa PATI cuba bersembunyi dan mengelak pemeriksaan, dengan kesalahan yang dikesan termasuk tiada dokumen pengenalan diri, tinggal melebihi tempoh dibenarkan, serta penggunaan dokumen tidak sah.
- Tindakan Tegas & Program Rekalibrasi Migran: JIM memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar tidak menggaji atau melindungi PATI, sementara Program Rekalibrasi Migran akan bermula 19 Mei bagi membolehkan warga asing pulang ke negara asal secara sukarela.
Tambahnya, kesemua PATI yang ditahan berusia antara 22 hingga 48 tahun, terdiri daripada 110 lelaki dan 33 wanita, melibatkan pelbagai kewarganegaraan termasuk Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Nepal, Pakistan, Syria, China dan Afghanistan.
Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada dokumen pengenalan diri, tinggal melebihi tempoh dibenarkan, melanggar syarat pas, dan penggunaan dokumen tidak sah.
Kesemua PATI akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan susulan.
Jafri turut memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar tidak menggaji atau melindungi PATI kerana tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
“Setakat 15 Mei, JIM telah melaksanakan lebih 5,000 operasi dengan jumlah tangkapan PATI mencecah 34,615 orang. Tahun ini merupakan tahun penguatkuasaan, dan operasi seperti ini akan terus dilaksanakan secara agresif di seluruh negara,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Program Rekalibrasi Migran (PRM) akan bermula 19 Mei ini bagi memberi peluang kepada warga asing tanpa dokumen sah untuk pulang ke negara asal secara sukarela.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami