Ops Warta bersambung kembali

Operasi Waran Tangkap atau Op Warta akan diaktifkan semula mulai Khamis ini (27 Ogos 2015), bagi mengesan dan menahan individu yang masih belum melunaskan saman dan waran tangkap yang berbaki 1.35 juta.
Mengikut laporan Bernama, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata sejumlah 240,000 daripada 1.59 juta waran tangkap yang dikeluarkan kepada pesalah trafik telah disempurnakan setelah Op Warta dilancarkan pada Mei lepas.
"Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya menyemak status saman mereka di balai-balai polis trafik dan bertindak membayar serta menyelesaikan saman-saman itu".
(Imej: Laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

