awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang awam dididik agar tidak merokok di taman-taman awam

Bernama
Bernama
27/02/2017
23:18 MYT
Orang awam dididik agar tidak merokok di taman-taman awam
KKM kini mengadakan penguatkuasaan pendidikan kepada orang ramai bagi memberi kesedaran mengenai larangan merokok di seluruh taman awam. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan kini mengadakan penguatkuasaan pendidikan kepada orang ramai bagi memberi kesedaran mengenai larangan merokok di seluruh taman awam dan tempat rekreasi sebelum arahan itu dikuatkuasakan pada 1 Jun ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia susulan daripada pewartaan Taman Awam sebagai tempat dilarang merokok di bawah peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan Peraturan 2017.
Sehingga tarikh itu penguatkuasaan pendidikan dijalankan melalui pengedaran risalah larangan itu dan individu yang ditahan melanggar peraturan ini sebelum tarikh berkuatkuasa akan diberikan amaran bertulis, katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
"Pada hari ini aktiviti ditumpukan di Taman Botani Perdana yang melibatkan 60 orang pegawai," katanya.
Menurutnya sebanyak 4,504 orang pegawai penguatkuasa kesihatan terlibat dalam aktiviti penguatkuasaan pendidikan itu di seluruh negara.
Bermula 1 Jun 2017, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati merokok di taman-taman awam dengan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Dianggarkan terdapat kira-kira 1,280 taman awam di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#Taman Botani Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan