awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang awam salur maklumat, polis berjaya tangkap warga Myanmar suspek kes bunuh

Bernama
Bernama
13/06/2025
05:15 MYT
Orang awam salur maklumat, polis berjaya tangkap warga Myanmar suspek kes bunuh
Polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dalam penyaluran maklumat sehingga membawa kepada penangkapan suspek. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Myanmar yang dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Tangkak Rabu lalu berjaya ditahan awal pagi tadi di kawasan Batu Berendam Melaka.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam kes bunuh di Tangkak telah berjaya ditahan oleh polis di Batu Berendam, Melaka sekitar jam 1 pagi tadi.
  • Suspek berusia 24 tahun dan pemegang kad UNHCR itu dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan di sebuah rumah sewa di Jalan Kemajuan, Tangkak pada 11 Jun sekitar jam 7 malam.
  • Polis akan memohon tahanan reman bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mengucapkan terima kasih kepada orang awam atas bantuan maklumat.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata suspek berjaya ditahan kira-kira 1 pagi tadi oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tangkak, dan pihaknya akan membuat permohonan tahanan reman pagi ini bagi melengkapkan siasatan.
"Pihak polis telah menyiarkan satu hebahan berkaitan usaha mengesan seorang lelaki warganegara Myanmar bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dalam penyaluran maklumat sehingga tertangkapnya individu yang dikehendaki," katanya.
Rabu lepas polis dilaporkan mengesan seorang lelaki warga Myanmar berusia 24 tahun, yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di Tangkak.
Menurutnya kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah sewa di Jalan Kemajuan, di Tangkak kira-kira 7 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis kesan suspek
#warga myanmar
#kes bunuh
#Roslan Mohd Talib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami