awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim terima 30 projek, keperluan dana lebih RM4 bilion
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Melayu digesa kukuhkan perpaduan untuk menjadi kuat dan dihormati

Bernama
Bernama
03/10/2015
09:13 MYT
Orang Melayu digesa kukuhkan perpaduan untuk menjadi kuat dan dihormati
SHAHIDAN: Kekuatan kita sekarang terletak pada perpaduan.... ini yang dimahukan oleh Timbalan Perdana Menteri. Oleh itu kita tidak boleh terus bermusuhan sesama sendiri. -Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa orang Melayu dan anggota UMNO supaya mengukuhkan perpaduan agar menjadi lebih kuat dan dihormati bangsa lain yang mengharapkan UMNO sebagai tunjang pemerintahan negara.
Menurut pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahmad Zahid berkata bangsa Cina dan India yang inginkan negara terus sejahtera mahu melihat perkara itu berlaku dalam kalangan orang Melayu.
"Bangsa-bangsa lain akan hormat pada satu pertubuhan yang kuat untuk bergantung dan boleh diharap mewakili mereka. Dalam hubungan ini ia adalah UMNO.
"Kekuatan kita sekarang terletak pada perpaduan.... ini yang dimahukan oleh Timbalan Perdana Menteri. Oleh itu kita tidak boleh terus bermusuhan sesama sendiri," demikian peringatan Ahmad Zahid kepada orang Melayu, kata Shahidan kepada pemberita selepas perjumpaan tertutup itu.
Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Ahmad Zahid menyampaikan mesej itu semasa berucap pada perjumpaan tertutup dengan pemimpin-pemimpin UMNO Perlis di sini, hari ini.
Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah setiausaha agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan, Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermiyati Samsudin dan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yang juga timbalan pengerusi badan Perhubungan UMNO Perlis.
Menurut Shahidan pemimpin-pemimpin UMNO turut membangkitkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pekerjaan dan isu-isu semasa atas kepentingan rakyat yang dijawab oleh Ahmad Zahid.
Dalam isu lain, Shahidan berkata Perlis memohon kerajaan pusat menimbang permohonannya membenarkan semula pergerakan bebas di Wang Kelian yang ditarik balik 1 April lepas.
Katanya kelonggaran itu penting agar aktiviti perniagaan di sempadan 'hidup' kembali namun beberapa syarat seperti kawalan tambahan untuk membendung pendatang asing tanpa izin daripada masuk ke negara ini dan perniagaan mesti diusahakan rakyat tempatan sebelum permintaan itu boleh dipenuhi.
Topic Berkaitan
#bangsa Cina
#bangsa india
#Melayu
#Shahidan Kassim
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan