awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai ambil peluang 'makan angin', ziarah keluarga di Thailand

Bernama
Bernama
01/06/2022
12:17 MYT
Orang ramai ambil peluang 'makan angin',  ziarah keluarga di Thailand
Orang ramai mula memasuki kedua-dua sempadan darat mengunakan kenderaan persendirian semasa tinjauan di Kompleks Kuarantin dan Imigresen (ICQS) Rantau Panjang hari ini. - Foto BERNAMA
PASIR MAS: Orang ramai mengambil kesempatan hari pertama kebenaran kenderaan persendirian merentas Malaysia-Thailand bermula hari ini, untuk 'makan angin' dan menziarahi ahli keluarga di negara jiran tersebut.
Tinjauan Bernama di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini hari ini mendapati kenderaan mula keluar masuk seawal pukul 8 pagi untuk urusan ke Thailand dan sebaliknya.
Seorang penduduk tempatan, Jimmi Tiaw, 23, berkata beliau gembira dapat ke Golok bersama tiga ahli keluarganya menggunakan kenderaan persendirian selepas dua tahun tidak dapat berbuat demkinan akibat pandemik COVID-19.
Katanya urusan masuk ke Thailand juga agak mudah apabila pihak berkuasa hanya membuat semakan status vaksinasi di aplikasi MySejahtera dan pas sempadan.
"Kebenaran merentas ke Thailand menggunakan kenderaan persendirian bermula hari ini, membolehkan kami sekeluarga makan dan membeli-belah di Golok seperti sebelum ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Seorang peniaga dari Kuala Lumpur, Muhammad Jusoh, 52, pula berkata beliau mengambil kesempatan pulang ke Narathiwat, Thailand bagi bertemu tiga anaknya yang terpisah sejak dua tahun lepas, sekali gus menyelesaikan urusan pembaharuan beberapa dokumen termasuk berkaitan persekolahan mereka.
Katanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketiga-tiga anaknya terpaksa tinggal di Narathiwat bersama nenek mereka, Zainab Ibrahim, 70, dan hanya berhubung menerusi panggilan telefon serta video bagi mengetahui perkembangan mereka.
Sementara itu, Ang Eik, 72, yang berasal dari Waeng, Thailand dan menetap di Kampung Sakar di sini, berkata beliau mengambil peluang untuk membawa pulang kenderaannya yang tersadai di Thailand sejak dua tahun lepas.
"Saya bersyukur kerana kenderaan tersebut tidak dikenakan sebarang bayaran susulan kelonggaran yang diberikan kerajaan Thailand," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangkakan 1,000 kenderaan persendirian dari Thailand memasuki negeri itu pada hujung minggu susulan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bermula hari ini.
Kemasukan kenderaan ke negeri itu dijangka membabitkan tiga pintu utama iaitu Stesen Kawalan Sempadan JPJ Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#makan angin
#Malaysia
#ICQS
#Rantau Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan