KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menasihatkan penduduk di daerah ini dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir supaya tidak mengambil risiko meredah arus banjir kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa.
Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail berkata tindakan itu harus dielakkan terutama bagi kenderaan ringan kerana kedalaman air dan kekuatan arus deras semasa banjir tidak dapat dijangka dan boleh membahayakan keselamatan.
"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan jangan meredah (arus banjir) terutama sekali bagi kenderaan ringan. Tunggu air surut dahulu barulah redah, sekiranya belum surut jangan ambil risiko kerana ia sangat berbahaya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Md Ali berkata hujan berterusan ketika ini akan mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan pantai barat Sabah, selain risiko berlaku kejadian tanah runtuh.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai yang berada di kawasan banjir supaya sentiasa bersedia untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.
Md Ali turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tidak menyentuh dawai elektrik terjatuh dalam air banjir kerana dikhuatiri terdapat arus elektrik yang boleh menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa, dan meminta ibu bapa memantau anak-anak supaya tidak bermain air ketika musim hujan.
Katanya, JBPM Sabah telah bersiap sedia daripada segala aspek termasuk logistik dan anggota terutama balai bomba di pantai barat Sabah bagi menghadapi situasi banjir di kawasan sekitar.
"Kami juga siap siaga dari segi latihan. Sekarang saya berada di Pulau Banggi, Kudat, bagi mengadakan latihan pemanduan bot melibatkan balai bomba Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud. Latihan ini untuk mengajar anggota tentang cara mengendalikan bot dan penyelamatan sekiranya berlaku banjir," katanya.
Hujan lebat berterusan bermula awal pagi tadi sehingga kini telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk kawasan pantai barat Sabah pada 8.35 pagi tadi.
Menurut kenyataan itu, hujan lebat dijangka berterusan di kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar dan Kota Belud.
Hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pedalaman Sabah antaranya Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, serta beberapa kawasan lain iaitu Ranau dan Kudat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 21 2021
Orang ramai yang berada di kawasan banjir diingat supaya sentiasa bersedia untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sekiranya mendapat arahan pihak berkuasa. - Gambar fail/Astro AWANI
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Orang ramai dinasihat jangan ambil risiko redah arus banjir
Kedalaman air dan kekuatan arus deras semasa banjir tidak dapat dijangka dan boleh membahayakan keselamatan.