Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menasihatkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan berikutan perhimpunan di ibu negara, Sabtu.
Beliau juga menasihatkan mereka yang tidak mempunyai urusan mustahak diminta agar tidak menggunakan laluan di beberapa lokasi di ibu negara.
Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini hari ini Mohmad berkata anggota polis akan mula mengawal keadaan di sekitar Kuala Lumpur bermula 6 pagi.
Katanya 12 tempat diberi tumpuan untuk menempatkan anggota polis antaranya di Pasar Seni, Pudu Sentral, Masjid Jamek, Maju Junction, Kompleks Sogo, Masjid Negara, Stesen Komuter (KTM) di Jalan Sultan Hishamuddin, KLCC, Kelab Sultan Sulaiman, Masjid Ar-Rahman di Jalan Pantai Baru, KL Sentral dan Masjid Kampung Baru.
"Unit Anjing Pengesan (K9) juga disediakan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini sepanjang perhimpunan itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, polis berjaya menahan seorang lelaki warganegara Nigeria serta merampas dadah bernilai RM1.5 juta dalam satu sekatan jalan di susur keluar Taman Desa di sini, Rabu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak berkata, dalam kejadian pada 1.30 pagi itu polis bertindak menahan teksi yang dinaiki lelaki itu.
"Tiba-tiba lelaki itu cuba melarikan diri dengan mencampak dua bungkusan plastik ke atas jalan menyebabkan polis menahan lelaki tersebut dan melakukan penyiasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, polis turut merampas dadah jenis syabu dengan anggaran berat 11.1 kilogram dalam bungkusan plastik tersebut.
Beliau berkata suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan reman sehingga Rabu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bernama
Fri Jan 11 2013
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat
Kronologi peristiwa sepanjang Himpunan Kebangkitan Rakyat pada hari Sabtu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Orang Asli hadir untuk pertahankan hak
Sekumpulan Orang Asli dari Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, telah mengembara lebih 300km dari halaman mereka di Kampung RPS Dala ke KL untuk menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Penganjur setuju syarat pengurusan stadium
Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat bersetuju dengan syarat pengurusan Stadium Merdeka untuk menjaga harta benda stadium bersejarah itu.
Himpunan Kebangkitan Rakyat tidak bercadang tukar lokasi
Jawatankuasa induk Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari depan tidak bercadang menukar lokasi himpunan