PONTIAN: Fenomena air pasang besar di Tanjung Piai sememangnya menjadi salah satu tarikan buat pelancong untuk ke titik penghujung benua Asia itu setiap tahun.
Fenomena yang menyebabkan limpahan air laut ke kawasan Taman Negara Johor Tanjung Piai menyebabkan kawasan anak tangga menuju ke taman tersebut berubah menjadi 'air terjun'.
Menariknya fenomena air pasang besar yang kebiasaannya berlaku pada penghujung Disember, kini berlaku pada pertengahan Januari selama tiga hari bermula Jumaat.
Pengunjung dari Bandar Pontian, Azie Saidon, 30, berkata, dia mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk berkunjung ke Tanjung Piai bersama keluarga.
"Saya tidak sangka dapat melihat air pasang besar di Tanjung Piai. Biasanya air pasang besar pada hujung tahun, tetapi kali ini berbeza kerana terjadi pada pertengahan Januari.
"Anak paling gembira kerana dapat bermandi-manda bersama rakan-rakan mereka, keadaannya cukup riuh dan gembira untuk kanak-kanak," katanya.
Bagi Fahrudin Muhamad, 40, dari Kampung Serkat pula tidak melepaskan peluang untuk ke Tanjung Piai untuk melihat sendiri fenomena air pasang besar.
"Orang kampung di Tanjung Piai biasanya akan tahu bila air pasang besar berlaku. Cuma kali ini air pasang besar berlaku pada Januari dan bukannya seperti biasa pada Disember.
"Setiap kali air pasang besar memang akan datang ke Tanjung Piai untuk bawa anak-anak bermandi-manda di kawasan pintu masuk taman negara," katanya.
Wakil Taman Negara Johor Tanjung Piai, Mohd Sidiq Sumary berkata, hampir 500 pengunjung direkod melawat taman negara tersebut pada Sabtu bagi melihat fenomena air pasang besar yang bermula Jumaat.
Katanya, berdasarkan makluman Jabatan Laut Malaysia (JLM), paras air masih terkawal dengan mencecah 3.6 meter (m) dari paras laut dan tidak merbahaya kepada para pengunjung yang datang.
“Fenomena ini tidak berlaku setiap bulan, tetapi hanya setahun sekali, cuma uniknya tahun lepas pada Disember, tiada fenomena ini, sebaliknya berlaku pada Januari iaitu hari ini. Waktu kemuncak air pasang pada jam 12 tengah hari akan beransur surut sehingga 2 petang.
"Namun, kawalan dan pemantauan akan terus dilakukan oleh kakitangan bagi memastikan keselamatan pengunjung,” katanya.
Sementara itu, tinjauan di Pekan Kukup mendapati air pasang besar tidak menjejaskan pergerakan penduduk dan pelancong.
Malah, kanak-kanak dilihat turut bermandi-manda di kawasan jalan raya yang turut dilimpahi air akibat fenomena air pasang besar tersebut.
Selain Tanjung Piai dan Kukup, fenomena air pasang besar turut Pekan Benut. Namun setakat ini, keadaan terkawal dan tidak pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka susulan kejadian air pasang besar. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 13 2024
Kanak-kanak bermandi-manda di kawasan anak tangga laluan masuk Taman Negar Johor Tanjung Piai ketika air pasang besar pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
Orang ramai teruja lihat air pasang besar di Tanjung Piai
Fenomena air pasang besar di Tanjung Piai sememangnya menjadi salah satu tarikan buat pelancong untuk ke titik penghujung benua Asia itu setiap tahun.
Dua lelaki ditahan edar dadah di Tanjung Piai
Dua warga tempatan disyaki pengedar dadah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor di Sungai Belukang, Tanjung Piai pada awal pagi Ahad.
Malaysia daftar tujuh kawasan sebagai Tapak Ramsar
Kawasan tanah lembap yang dilindungi hanyalah sebahagian kecil daripada keluasan tanah lembap yang telah direkodkan.
Rakyat Malaysia teruja lihat Gerhana Matahari Anulus
Rata-rata ramai rakyat Malaysia teruja untuk melihat fenomena yang jarang berlaku itu, malah ada yang menyatakan bahawa sesetengah kawasan mula mendung disebabkan fenomena itu.
PRK Tanjung Piai tamparan hebat kepada kerajaan memerintah - Anwar
Tidak pernah kerajaan memerintah menerima tamparan begitu hebat seperti mana di PRK Tanjung Piai, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berusaha tunaikan segala janji dalam manifesto - Kit Siang
Ini perlu bagi memastikan PH tidak menjadi kerajaan sepenggal lebih-lebih lagi selepas keputusan mengejutkan pada PRK Parlimen Tanjung Piai, baru-baru ini.
'Saya dah jangka, tapi...' - Tun M terkejut PH kalah majoriti besar di Tanjung Piai
Dr Mahathir bagaimanapun tidak menjangkakan kekalahan majoriti yang begitu besar iaitu sebanyak 15,086 undi kepada parti lawan.
Bukan Tun M, tapi Syed Saddiq punca PH kalah - Syaiful Irfan Anang
Punca sebenar kekalahan PH adalah disebabkan oleh kegagalan Syed Saddiq memanfaatkan sepenuhnya jentera pemuda PH yang dianggotai empat parti
Kami tidak akan lemah semangat - Amanah
Presidennya Mohamad Sabu berkata keputusan itu membangkitkan semangat untuk terus memperbaiki perkhidmatan demi kepentingan rakyat.
PRK Tanjung Piai: Calon BN selesai buang undi
Sebanyak 27 pusat mengundi membabitkan 125 saluran dibuka dari 8 pagi hingga 5.30 petang ini.