awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia teruja lihat Gerhana Matahari Anulus

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
26/12/2019
06:28 MYT
Rakyat Malaysia teruja lihat Gerhana Matahari Anulus
Kali terakhir fenomena ini berlaku di Malaysia pada 22 Ogos 1998 dan semestinya ramai rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri fenomena itu.
Selepas kali terakhir berlaku 21 tahun lalu, hari ini rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan keunikan fenomena alam yang mencetuskan pelbagai kesan kepada flora dan fauna dikenali sebagai gerhana matahari cincin atau annulus.
Pembentukan ‘cincin berapi’ di kala tengah hari itu tercetus apabila apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris, sekali gus menyebabkan persekitaran tiba-tiba bertukar gelap untuk tempoh tertentu.
Kali terakhir fenomena ini berlaku di Malaysia pada 22 ogos 1998 dan semestinya ramai rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri fenomena itu.
Di Malaysia, tempat yang paling sesuai untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas adalah di Tanjung Piai, Johor dan Serian di Sarawak.
Tidak ketinggalan, Planeterium Negara juga menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Matahari Anulus (CINCIN) di ibu negara.
Keterujaan hadirin di Planetarium Negara menggunakan alat yang disediakan untuk melihat #GerhanaMatahariCincin @501Awani pic.twitter.com/eSaOAkeGJz
— Initial: FA (@FirdausAzil) December 26, 2019
BACA: Pengalaman saksikan gerhana matahari cukup menginsafkan diri - Ustaz Mohamad
Ternyata fenomena ini juga mendapat perhatian di media sosial.
Rata-rata ramai rakyat Malaysia teruja untuk melihat fenomena yang jarang berlaku itu, malah ada yang menyatakan bahawa sesetengah kawasan mula mendung disebabkan fenomena itu.
Antara perkongsian orang ramai menerusi komen di ruangan Facebook.
Antara perkongsian orang ramai menerusi komen di ruangan Facebook.
Ada yang menyatakan bahawa sesetengah lokasi kelihatan seperti mendung.
Ada yang menyatakan bahawa sesetengah lokasi kelihatan seperti mendung.
Kali terakhir fenomena alam ini terjadi kira-kira 21 tahun yang lalu, pada 22 Ogos 1998 dan Mersing, Johor merupakan lokasi sesuai untuk melihat fenomena itu.
Topic Berkaitan
#Fenomena
#Gerhana Matahari Anulus
#Malaysia
#Media
#media sosial
#Pencerapan
#Planeterium Negara
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Serian
#Tanjung Piai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan