Kenaikan harga ikan sehingga 30 peratus yang berlaku sejak awal Ramadan bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya tindakan peniaga dan 'orang tengah' yang mengambil kesempatan bersempena musim perayaan.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata pihaknya mendapati kenaikan itu tidak munasabah kerana jumlah pendaratan ikan di kompleks pendaratan seluruh negara meningkat ketika ini.
Katanya hasil perjumpaan dengan wakil Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Perikanan dan LKIM baru-baru ini juga dimaklumkan bahawa tempoh Mac hingga September merupakan musim ikan terbanyak di negara ini.
Menurut beliau jumlah pendaratan ikan oleh nelayan bagi April dan Mei lepas adalah melebih 153 juta kilogram dengan nilai lebih RM455 juta.
Justeru, beliau memberi amaran kepada peniaga untuk tidak menyorokkan bekalan itu dan tidak sesekali menaikkan harga ikan kerana tindakan itu mengakibatkan pengguna panik dan menyalahkan kerajaan.
"Kenaikan ini berlaku kerana tindakan orang tengah yang melakukan eksploitasi terhadap nelayan dan mereka biasanya memikirkan keuntungan lebih daripada kesejahteraan rakyat.
"Walaupun kenaikan harga ini dianggap sebagai trend sementara kerana permintaan pada musim perayaan, namun tindakan seperti ini tidak adil kepada pengguna yang ketika ini sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan. Peniaga juga haruslah ada sifat perikemanusiaan dan empati kepada rakyat," katanya.
Irmohizam menasihati pengguna melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya mendapati harga yang dijual melambung naik.
Anggota Parlimen Kuala Selangor itu turut menyarankan KPDNKK menyenarai hitam peniaga yang sengaja menaikkan harga ikan sebagai langkah pencegahan supaya mereka menjual ikan pada harga berpatutan kepada pengguna.
Dalam mengimbangkan senario kenaikan harga tersebut, Irmohizam berkata Nekmat turut mempromosikan 50 tan bekalan ikan sejuk beku segar berkualitii dikenali Q''Fish pada harga berpatutan yang disimpan di pusat pengumpulan dan penggredan di Selayang, Selangor, Kuala Besut, Terengganu dan Kuala Kedah, Kedah.
"Melalui inisiatif ini orang ramai boleh mendapatkan ikan kembong pada harga serendah RM9.90 sekilogram, lebih murah dibandingkan harga yang dijual di pasaran selain mereka boleh mendapatkan ikan-ikan lain seperti selar, pelaling, selayang, cencaru, tilapia dan keli," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2017
LKIM mendapati kenaikan itu tidak munasabah kerana jumlah pendaratan ikan di kompleks pendaratan seluruh negara meningkat ketika ini.. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
Bekalan ikan dijangka kurang 10 peratus, mencukupi sepanjang MTL
Jabatan Perikanan ambil langkah awal dan proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan ikan sepanjang tempoh MTL iaitu November hingga Mac tahun depan.
MTL: Pendaratan ikan berkurangan, DOF pastikan bekalan stabil di seluruh negara
Jabatan Perikanan ambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kestabilan bekalan ikan di seluruh negara ekoran fasa peralihan Monsun Timur Laut.
Musim tengkujuh: Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga - LKIM
LKIM meminta pihak pemborong dan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga hasil laut terutama ikan ketika musim Monsun Timur Laut (MTL).
Musim tengkujuh: Tiada kenaikan harga ikan di Terengganu
Tiada kenaikan harga ikan di negeri ini walaupun berdepan musim tengkujuh, kata Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Azman Ibrahim.
Monsun Timur Laut: LKIM jamin bekalan ikan mencukupi
LKIM memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, bermula November ini hingga Mac tahun depan.
Bekalan ikan segar mencukupi - LKIM
Pengurangan pendaratan ikan cuma berlaku di negeri-negeri pantai timur, manakala di pantai barat dapat mendaratkan ikan seperti biasa.
Bekalan hasil laut termasuk ikan mencukupi pada musim tengkujuh
Jabatan Perikanan memberi jaminan bahawa bekalan harian hasil laut negara adalah mencukupi semasa musim tengkujuh tahun ini.
Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan
Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.
Musim tengkujuh: Harga ikan naik di Terengganu
Kenaikan harga disebabkan oleh kekurangan bekalan kerana nelayan tidak keluar ke laut pada musim tengkujuh.