awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Osman mengadap Sultan Johor, maklum peletakan jawatan sebagai MB

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/04/2019
02:02 MYT
Osman mengadap Sultan Johor, maklum peletakan jawatan sebagai MB
Osman tiba di perkarangan Istana sekitar 9.05 pagi menaiki kenderaan rasmi dengan no plat JRA 1. - Foto Johor Royal Press Office
Menteri Besar Datuk Osman Sapian pagi ini mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj di Istana Pasir Pelangi bagi mendapat perkenan berhubung soal peletakan jawatan beliau.
Osman, yang juga Ahli Dewan Undangan Kempas, tiba di perkarangan Istana sekitar 9.05 pagi menaiki kenderaan rasmi dengan no plat JRA 1.
Ketika kenderaan beliau melalui media yang menanti sejak pukul 8 pagi, Osman sempat menurunkan tingkap dan melambai tangan.
Difahamkan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor itu juga akan menyampaikan beberapa nama yang terdiri dari kalangan Exco Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk dipertimbangkan Tuanku sebagai calon Menteri Besar seterusnya.
Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian memasuki perkarangan Istana Pasir Pelangi bagi mengadap Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibn Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, 9 pagi tadi. Pertemuan itu bagi mendapat perkenan Tuanku berhubung peletakan jawatan MB.@501Awani #MBJohor pic.twitter.com/yEH2SSaW4G
— Initial: FA (@FirdausAzil) April 13, 2019
Semalam, ketika ditemui pemberita, Osman memaklumkan beliau masih lagi Menteri Besar yang sah selagi pemakluman peletakan jawatan beliau belum diperkenankan Sultan Johor.
Selain itu, beliau menegaskan akan terus menjalankan kerja-kerja politik selagi memegang jawatan sebagai Pengerusi PH Johor dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor.
Topic Berkaitan
#Istana Pasir Pelangi
#Menteri Besar
#Osman Sapian
#peletakan jawatan
#PH
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan