awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P. Pinang proaktif tangani isu import plastik kitar semula

Bernama
Bernama
16/10/2020
21:08 MYT
P. Pinang proaktif tangani isu import plastik kitar semula
Kerajaan Pulai Pinang turut memastikan kilang-kilang plastik yang beroperasi di Pulau Pinang mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN:Kerajaan Pulau Pinang bertindak secara proaktif dalam menangani isu import plastik kitar semula dan turut bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata kerjasama dengan kedua-dua kementerian itu juga bagi memastikan supaya sisa plastik import yang tidak mematuhi piawaian dihantar pulang ke negara asal mengikut perjanjian Basel Convention.
"Selain itu, kita turut memastikan kilang-kilang plastik yang beroperasi di Pulau Pinang mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dewan Sri Pinang pada Jumaat.
Phee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu berkata pada masa ini isu melibatkan import plastik kitar semula diurus tadbir oleh kerajaan Persekutuan melalui KPKT dan KASA sementara Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen import (AP) sisa pepejal plastik H.S. Kod 39.15.
Phee berkata sejak 2019, sebanyak 129 kontena telah ditahan di Pulau Pinang melalui operasi bersepadu melibatkan JPSPN, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Kesemua 129 kontena tersebut ditahan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) dan akan diserahkan kepada JAS bagi tujuan penghantaran pulang ke negara asal," katanya menambah kawalan di pelabuhan sahaja tidak memadai untuk mengekang import plastik kitar semula ke Pulau Pinang.
Maka, atas sebab itu kerajaan negeri telah mengusulkan beberapa perkara bagi pertimbangan KPKT agar kerajaan negeri juga diberi peluang untuk memberikan ulasan bagi setiap permohonan AP HS Kod 39.15 yang dibawa masuk melalui Pulau Pinang sebelum kelulusan akhir AP tersebut diberikan oleh KPKT kepada pengimport dan pengilang, katanya.
Persidangan dewan bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Undangan Negeri DUN
#pulau pinang
#KPKT
#plastik kitar semula
#Kementerian Alam Sekitar dan Air
#Jabatan Alam Sekitar
#Phee Boon Poh
#kilang
#Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
#Basel Convention
#import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan