KUALA TERENGGANU: Tindakan dua remaja yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi 'zig zag' dan 'Superman' menerima padah selepas mereka berjaya diberkas di kawasan parkir Jambatan Angkat di sini pada Jumaat.
Kedua-dua suspek yang berusia 16 dan 17 tahun sebelum itu dikesan melakukan aksi berbahaya di KM 54-53 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kampung Jambu Bongkok, Marang).
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Superintendan Ismail Man berkata ketika melakukan pemantauan berhampiran Kampung Jambu Bongkok, Marang pihaknya terserempak dengan tiga buah motosikal yang bergerak dari arah Dungun menghala ke Kuala Terengganu.
Katanya dua daripada penunggang motosikal didapati menunggang motosikal dengan aksi 'zig zag' dengan salah seorang daripada mereka dikesan melakukan aksi berbahaya dengan menunggang motosikal ala ‘Superman’.
“Sebaik mengesan tindakan berkenaan skuad 42 JSPT bertindak mengekori tiga penunggang terbabit sebelum dua remaja itu ditahan di kawasan parkir Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
"Selain itu kita turut mengeluarkan 10 keping saman membabitkan pelbagai kesalahan iaitu tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, nombor pendaftaran dan tiada cermin sisi,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala sebuah motosikal disita mengikut Seksyen 64 akta sama.
Sementara itu dalam operasi berasingan di daerah Hulu Terengganu, Ismail berkata, pihaknya turut menahan 95 buah motosikal menerusi pemeriksaan 120 individu termasuk 10 wanita berusia antara 16 hingga 40 tahun di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kenyir.
Katanya, siasatan mendapati mereka ini terdiri daripada beberapa beberapa anggota konvoi yang dipercayai datang ke tasik berkenan untuk menghabiskan cuti hujung minggu.
Jelasnya sebanyak 57 keping saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada cermin sisi, tidak mempamerkan pelekat L dan P, ubah suai ekzos, tiada nombor pendaftaran dan nombor plat tidak mengikut peraturan.
Nur Fazlizai Ali
Sat Oct 02 2021

Kes terhadap remaja terbabit disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala sebuah motosikal disita mengikut Seksyen 64 akta sama.- Foto PDRM

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya
Belanjawan itu bertujuan untuk membina momentum bagi fasa pertumbuhan negara yang seterusnya ketika Singapura menyambut kemerdekaan ke-60 tahun ini.
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.
Hakim tolak permohonan Naimah Khalid
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri bekas menteri kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya ke mahkamah tinggi.
Kes Bunuh Zulfarhan: Peguam Hujah Mahkamah Rayuan Terkhilaf jatuhkan hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan enam tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Barisan peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan hujahan bahawa hukuman gantung tidak sepatutnya dikenakan terhadap anak guam mereka.
Saksi kongsi detik cemas pesawat terbalik
Pete Carlson, salah seorang penumpang yang terlibat dalam insiden pesawat Delta Air Lines terbalik tampil menceritakan detik cemas ketika insiden itu berlaku di lapangan terbang Toronto. Kata beliau, sukar untuk menyatakan perasan apabila secara tiba-tiba melihat pesawat terbalik sekelip mata.
Delta Airlines siasat insiden pesawat terbalik
Syarikat penerbangan Delta Airlines pada Isnin memaklumkan bahawa mereka masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut susulan insiden melibatkan pesawat milik syarikat itu yang dilaporkan terbalik ketika mendarat di sebuah lapangan antarabangsa di Kanada.

Padah aksi 'zig zag' dan 'Superman', dua remaja diberkas polis
Kedua-dua suspek yang berusia 16 dan 17 tahun itu sebelum itu dikesan melakukan aksi berbahaya di KM 54-53 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.