awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah benar kanak-kanak memandu

Sinar Harian
Sinar Harian
24/02/2024
00:00 MYT
Padah benar kanak-kanak memandu
Tangkap layar paparan kanak-kanak memandu kereta di jalan raya awam dengan seorang lelaki dewasa duduk di sebelah tempat penumpang. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berdepan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau-keduanya susulan tindakannya membenarkan kanak-kanak memandu kereta di kawasan taman permainan Taman Daya di sini, Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek berusia 25 tahun juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
"Pada Jumaat sekitar jam 12 tengah hari, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, telah menerima maklumat berhubung gambar yang tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak sedang memandu kenderaan di jalan raya awam dengan seorang lelaki dewasa duduk di sebelah tempat penumpang.
"Hasil siasatan yang dijalankan, pihak IPD Johor Bahru Selatan mengesahkan kejadian berlaku Ahad lalu sekitar jam 5.30 petang di kawasan Taman Permainan Taman Daya di sini.
"Ketika kejadian, suspek yang juga merupakan anak kepada pengasuh kanak-kanak tersebut telah membenarkan kanak-kanak itu memandu kereta dengan tujuan mengajarnya memandu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Raub berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat unsur-unsur pengabaian dan mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal.
Dalam pada itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah, boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kanak-kanak memandu
#Taman Daya
#Johor Bahru
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan