awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah buat bising, sekumpulan remaja dikesan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
25/05/2022
23:15 MYT
Padah buat bising, sekumpulan remaja dikesan polis
Tular aksi sekumpulan remaja berpakaian baju Melayu membuat bising dengan membunyikan ekzos di kawasan berhampiran kawasan rumah kedai di Meru pada Rabu. -Foto Sinar Harian
KLANG: Padah membuat bising dengan membunyikan ekzos dengan kuat, sekumpulan remaja kini sedang dikenal pasti polis berkaitan kejadian yang dipercayai berlaku di Meru, di sini, pada Rabu.
Aksi sekumpulan remaja berkenaan menjadi tular setelah dimuat naik menerusi laman sosial oleh seorang pemilik akaun Facebook.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya kini sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.
"Siasatan awal mendapati, aksi sekumpulan remaja itu dimuat naik menerusi Facebook kira-kira jam 6.30 petang.
"Laporan berkaitan kejadian belum lagi diterima setakat ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diharap segera tampil membantu siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32912222.
"Maklumat berkaitan kejadian juga dapat disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Pada Rabu, tular aksi sekumpulan remaja berpakaian baju Melayu membuat bising dengan membunyikan ekzos di kawasan berhampiran kawasan rumah kedai di Meru.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja buat bising
#bunyikan ekzos dengan kuat
#remaja bermotosikal
#berpakaian baju Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan