KOTA KINABALU: Tindakan seorang lelaki mencuri kabel pencawang milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian berhampiran Kampung Gentisan di sini, awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, lelaki berusia 30-an melecur pada bahagian muka, leher, bahu dan lengan kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, tindakan suspek itu bukan saja mencederakan diri sendiri tetapi turut menyebabkan seluruh kampung tersebut terputus bekalan elektrik.
Menurutnya, kejadian itu disedari oleh penduduk kampung selepas terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum bekalan elektrik terputus.
Selepas itu, penduduk kampung terdengar suara orang menjerit meminta tolong dari tepi jalan sebelum menemui seorang lelaki dalam keadaan lemah sambil meraung kesakitan dengan keadaan kulit muka ada kesan terbakar.
"Dalam kejadian itu, suspek disyaki terkena renjatan elektrik ketika cubaan mencuri kabel di pencawang SESB yang berada di kawasan berhampiran.
"Seorang lagi rakannya turut cedera namun sempat melarikan diri sebelum polis tiba," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Kalsom berkata lagi, suspek yang melecur kemudian dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut oleh ahli keluarganya sendiri.
"Keadaan lelaki terbabit kritikal kerana mengalami kecederaan melecur tahap tiga di bahagian muka dan leher manakala tahap dua di bahagian bahu dan lengan kanan.
"Selain itu terdapat luka di bahagian kening kiri dan matanya bengkak serta tidak dapat dibuka," katanya.
Kalsom berkata, kes masih dalam siasatan pihaknya di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam.
Beliau dalam pada itu turut menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan perbuatan mencuri kabel elektrik yang bukan saja membahayakan diri sendiri tetapi juga ia adalah perbuatan jenayah yang boleh didakwa di mahkamah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 01 2024
Lelaki berusia 30-an melecur pada bahagian muka, leher, bahu dan lengan kanan. - Gambar hiasan
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas
Hasil serbuan pihak polis di tiga lokasi yang berasingan pada Isnin telah membawa kepada tangkapan kesemua suspek.