awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op KPDN-SSM: 30 premis di Sri Muda diperiksa, kompaun hampir RM10,000
Lima inisiatif strategik perkasa industri halal, sasar Malaysia sebagai hab halal global - Ahmad Zahid
Deretan kedai di Taman Medan musnah terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah intai isteri jiran sedang mandi

Sinar Harian
Sinar Harian
05/07/2018
00:31 MYT
Padah intai isteri jiran sedang mandi
Seorang tukang kebun sekolah ditahan selepas mengintai seorang wanita sedang mandi di sebuah rumah di Taman Melati, Tanjung Belanja, semalam. -Gambar hiasan
Seorang tukang kebun sekolah ditahan selepas didapati berkelakuan mengaibkan, mengintai seorang wanita sedang mandi di sebuah rumah di Taman Melati, Tanjung Belanja, semalam.
Kejadian jam 6.30 pagi itu disedari sendiri wanita berusia 43 tahun terbabit yang terlihat kelibat suspek mengintai di sebalik tingkap bilik mandi.
Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, daripada laporan diterima, suspek berusia 31 tahun tinggal bersama keluarga mentuanya dan merupakan jiran mangsa sejak 19 tahun lalu.
Menurutnya, mangsa telah lama mengesyaki suspek menjalankan aktiviti mengintai, namun tidak mempunyai bukti sehingga tertangkap.
"Siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada besi aluminium tingkap bilik mandi mangsa.
"Suspek ditahan pada hari sama sekitar jam 10.15 pagi di hadapan rumahnya," katanya.
Beliau berkata, hasil ujian air kencing, suspek disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki dua rekod jenayah lampau.
Topic Berkaitan
#intai
#Ketua Polis Daerah Perak Tengah
#mandi
#Superintendan Mohamad Zainal Abdullah
#Taman Melati
#tukang kebun
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan