awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah seludup daging ayam beku

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2021
22:43 MYT
Padah seludup daging ayam beku
Siasatan awal mendapati daging ayam beku itu untuk pasaran tempatan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. -Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Dua lelaki ditahan polis selepas cuba menyeludup daging ayam beku masuk ke negara ini secara tidak sah di Rantau Panjang pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas pihaknya berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 9.15 malam.
"Sejurus berjaya ditahan, sepasukan anggota yang diketuai oleh Ketua Balai Polis Jeram Perdah telah membuat pemeriksaan ke atas kereta itu.
"Pemeriksaan lanjut telah membawa kepada penemuan bungkusan kotak yang mengandungi daging ayam beku," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Beliau berkata, kedua-dua suspek kemudian dibawa balik ke Balai Polis Jeram Perdah untuk siasatan lanjut.
Mohd Nasaruddin berkata, siasatan awal mendapati daging ayam beku itu untuk pasaran tempatan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, kesemua rampasan itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.
Artikel asal di Sinar Harian : Padah seludup daging ayam beku
Topic Berkaitan
#ayam beku
#Jeram Perdah
#Mohd Nasaruddin M Nasir
#Hari Raya Aidilfitri
#Rantau Panjang
#Proton Waja
#seludup
#maqis
#Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
#mencurigakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan