awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah tetak bekas isteri sehingga parah, bilal dihukum penjara 12 tahun

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2018
08:39 MYT
Padah tetak bekas isteri sehingga parah, bilal dihukum penjara 12 tahun
Tertuduh (tunduk berbaju merah) didakwa melakukan perbuatan itu di tingkat tiga, tempat meletak kenderaan di Flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas, kira-kira jam 12.55 tengah malam, pada 12 Ogos lalu.
Seorang bilal dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen George Town hari ini, atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas bekas isterinya, dua minggu lalu.
Hakim, Norsalha Hamzah membuat keputusan itu ke atas Muhammad Ashraf Kames Abdullah, 39, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Norsalha dalam penghakimannya turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan pisau sebagai senjata untuk menyerang Nur Syamira Muhammad Thandayu Thapani, 24. BACA: Wanita putus tangan ditetak suami
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tingkat tiga, tempat meletak kenderaan di Flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas, kira-kira jam 12.55 tengah malam, pada 12 Ogos lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee, manakala tertuduh diwakili peguam, M Puven.
Terdahulu, peguam tertuduh memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman lebih ringan terhadap anak guamnya selepas tertuduh membuat pengakuan salah yang sudah menjimatkan masa dan kos.
Malah peguam tertuduh juga memaklumkan anak guamnya telah insaf di atas perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.
Tertuduh juga dikatakan sudah sah bercerai dengan isterinya.
Topic Berkaitan
#bekas isteri
#bilal
#cedera
#dihukum penjara
#Mahkamah Sesyen
#Putus Tangan
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan