awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah wanita berbogel dalam panggilan video

Bernama
Bernama
15/08/2020
11:24 MYT
Padah wanita berbogel dalam panggilan video
Mangsa mengakui berbogel dalam satu panggilan video kepada seorang wanita. -Gambar hiasan
Polis menahan reman dua individu yang dipercayai terlibat dalam pemerasan ke atas seorang wanita membabitkan satu video bogel di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek lelaki berusia 27 tahun dan wanita berusia 30 terbabit ditahan semalam selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 22 tahun pada 9 Ogos lalu.
“Mangsa membuat laporan polis bahawa dia menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang wanita meminta bayaran RM10,000 sebagai balasan untuk tidak menyebarkan video bogel mangsa.
“Mangsa mengakui berbogel dalam satu panggilan video kepada seorang wanita melalui aplikasi mesej TAM TAM sebelum ini,” kata Nik Ezanee dalam kenyataan hari ini.
Katanya kedua-dua suspek direman tiga hari dan kes disiasat menurut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa
#panggilan video bogel
#penipuan
#Petaling Jaya
#suspek
#ugutan
#wanita
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan