awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PADU: Yakinkan pengguna, data selamat dan tidak diseleweng - Presiden CAKE

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
05/01/2024
13:18 MYT
PADU: Yakinkan pengguna, data selamat dan tidak diseleweng - Presiden CAKE
Yusrizal berkata ada rungutan dalam kalangan pengguna yang bimbang data tersebut diselewengkan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu meyakinkan pengguna mengenai keselamatan data yang dikongsikan melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk tingkatkan kadar pendaftaran.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, ada rungutan dalam kalangan pengguna yang bimbang data tersebut diselewengkan.
“Antara cabaran sistem PADU ini, ialah rungutan pengguna yang maklum kepada saya bahawa mereka bimbang maklumat akan disebarkan. Kerajaan perlu yakinkan pengguna bahawa maklumat-maklumat yang diberikan tidak akan disalah guna.
“Aspek keselamatan siber perlu diperhebat dan yakinkan pengguna bahawa maklumat mereka tidak dibocorkan atau diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
PADU: Yakinkan pengguna, data selamat dan tidak diseleweng - Presiden CAKE
Yusrizal menegaskan galakan pendaftaran ke dalam sistem PADU ini adalah penting untuk mengenal pasti kedudukan sosialekonomi seseorang individu, seterusnya membantu Kerajaan menyalurkan subsidi kepada kumpulan yang benar-benar layak.
Beliau tidak mahu kegagalan usaha Kerajaan sebelum ini untuk membantu golongan rentan dalam ekonomi negara semasa, tersasar akibat penyaluran bantuan sosial yang turut dinikmati oleh golongan kaya dan berkemampuan.
Topic Berkaitan
#keselamatan siber
#PADU
#Sistem Pangkalan Data Utama
#Dialog Poket Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan