Pasangan di Pahang yang berkahwin mengunakan saluran tidak sah diberi tempoh tiga bulan bermula 2 Nov ini untuk mendaftarkan perkahwinan mereka tanpa dikenakan tindakan.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata perkahwinan yang perlu didaftarkan adalah yang dilakukan di selatan Thailand, seperti Narathiwat, Pattani, Songkhla, Yala, Satun dan lain-lain yang tidak memohon serta gagal mendapat kebenaran berkahwin secara bertulis daripada pejabat agama Islam daerah.
Menurutnya, ia turut meliputi perkahwinan sindiket yang berlangsung di dalam negara seperti di Kuantan, namun pasangan berkenaan memperoleh sijil perkahwinan daripada Majlis Agama Islam wilayah Selatan Thailand.
"Sepanjang tempoh itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan memberi peluang kepada mereka membuat pendaftaran dan hanya perlu menjelaskan bayaran dokumentasi sahaja.
"Pasangan berkenaan juga akan dibantu melalui siasatan, sama ada perkahwinan yang dibuat mengikut syariat yang telah ditetapkan atau perlu dinikahkan semula dan sebagainya," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Wan Abdul Wahid berkata mengikut rekod, terdapat peningkatan untuk kes perkahwinan di selatan Thailand iaitu seramai 210 pasangan bagi tempoh Januari hingga Oktober ini, berbanding 207 pasangan pada tahun lalu dan 175 pada 2013.
Sehubungan itu, beliau menegaskan perkahwinan di wilayah selatan Thailand tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (EUKI) Pahang 2005.
Pasangan yang terlibat boleh didakwa antaranya mengikut Seksyen 40(2) EUKI iaitu kesalahan berhubung akad nikah dan Seksyen 124 EUKI bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.
Kedua-dua seksyen itu memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"Sijil perkahwinan yang diperoleh daripada mana-mana wilayah Selatan Thailand tidak diiktiraf untuk kegunaan rasmi negara ini, menyebabkan timbul beberapa masalah seperti tidak mendapat sijil kelahiran anak, sekali gus menjejaskan pendaftaran persekolahan mereka.
"Mereka juga akan berdepan masalah menuntut hak jika berlaku perceraian dan jika salah seorang pasangan itu mati, maka pasangan dan anak tiada hak menuntut harta pusaka," katanya.
Astro Awani
Mon Oct 12 2015
Pasangan di Pahang yang berkahwin mengunakan saluran tidak sah diberi tempoh tiga bulan untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Tarawih 20 rakaat di masjid, surau Pahang
Pahang akan melaksanakan 20 rakaat solat sunat tarawih di seluruh masjid dan surau pada Ramadan tahun ini.
Pemantauan mengejut di masjid, surau di Pahang untuk pastikan SOP dipatuhi
Pemantauan secara mengejut akan dilakukan pada bila-bila masa oleh pasukan pemantau bagi memastikan surau dan masjid di Pahang.
COVID-19: Pengantin, rombongan mahu ke Pahang boleh dengan syarat...
Setiap bakal pengantin dan rombongan yang datang dari luar Pahang perlu mengemukakan keputusan ujian RTK-Ag COVID-19 yang dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum akad nikah.
Pahang tidak laksana solat Aidilfitri di masjid
Bagi imam, bilal dan siak boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Agama islam Pahang (JAIP).
Kedai mamak tidak perlu beroperasi dengan sijil halal - PRESMA
PRESMA berkata pemilik kedai mamak pastinya merupakan orang Islam dan tentunya penyediaan makanan di premis makanan tersebut mengikut syarak.
Zikir berdiri, goyang badan tidak bercanggah - Mufti Pahang
JAIP mendapati tidak ada asas untuk menuduh aktiviti beberapa jemaah lelaki dan wanita di sebuah kampung di Ulu Tembeling Jerantut itu sebagai sesat.
JAIP ke lokasi kejadian 'zikir berdiri'
Pihak JAIP akan bersemuka dengan imam dan makmum surau kampung itu untuk mendapatkan penjelasan aktiviti yang dikatakan berlaku pada 11 Julai lalu.
Masjid digesa tidak hanya bergantung kepada derma
Pelbagai cara boleh dilaksanakan dalam mengisi dana dan tidak seharusnya terikat dengan program kerohanian semata-mata.
Mudahkan urusan menuntut harta - Tengku Abdullah
Jabatan agama seharusnya lebih aktif memberi pendedahan berkenaan kepentingan menuntut harta pusaka demi kesinambungan hidup anggota keluarga yang ditinggalkan.
Perkahwinan dengan warga asing diharuskan untuk elak zina - Mufti Pahang
Pasangan yang terlibat perlu membuat satu pengesahan yang diperakukan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).