awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang lulus peruntukan RM35 juta tingkat pengurusan kecekapan banjir

Bernama
Bernama
26/05/2022
09:06 MYT
Pahang lulus peruntukan RM35 juta tingkat pengurusan kecekapan banjir
Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan RM35 juta untuk melaksanakan perolehan dan perbelanjaan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan banjir di negeri itu. - Gambar fail/Facebook Pahang
KUANTAN: Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan RM35 juta untuk melaksanakan perolehan dan perbelanjaan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan banjir di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata keputusan yang dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) semalam, membabitkan pembinaan enam pusat pemindahan banjir kekal, pembinaan landasan pendaratan helikopter dan pembelian instrumen sistem amaran awal tanah runtuh di Cameron Highlands serta sistem amaran banjir di Raub.
"Ia juga melibatkan pembelian bot amfibia dan bot menyelamat untuk ditempatkan di pejabat penghulu serta pelaksanaan kursus khas pengurusan banjir kepada petugas di peringkat daerah," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Wan Rosdy berkata perolehan dan perbelanjaan itu, membolehkan semua pihak khususnya pasukan penyelamat serta petugas barisan hadapan sentiasa siap siaga menghadapi sebarang situasi bencana terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.
Pasukan penyelamat, menurut beliau perlu dibekalkan dengan kelengkapan bersesuaian serta latihan dan ilmu sepatutnya kerana mereka terdedah kepada risiko dalam misi menyelamatkan mangsa banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#pengurusan banjir
#Menteri Besar
#Wan Rosdy Wan Ismail
#mmk
#Raub
#Cameron Highlands
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan