awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang promosi sukan pelancongan, tarik minat pengunjung tempatan dan antarabangsa

Bernama
Bernama
22/09/2024
10:29 MYT
Pahang promosi sukan pelancongan, tarik minat pengunjung tempatan dan antarabangsa
Leong Yu Man berkata kerjasama berkenaan dilihat dapat mempromosikan tempat menarik di Pahang dengan lebih meluas kepada pelancong tempatan dan luar negara. - Bernama
KUANTAN: Kerajaan Pahang sedang memperhebatkan promosi sukan pelancongan dalam usaha menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa berkunjung ke negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Leong Yu Man berkata antara inisiatif dilaksanakan pihaknya menerusi Tourism Pahang ialah mengukuhkan jaringan kerjasama dengan agensi luar yang terlibat bagi menjayakan pelbagai program.
Beliau berkata kerjasama berkenaan dilihat dapat mempromosikan tempat menarik di Pahang dengan lebih meluas kepada pelancong tempatan dan luar negara misalnya dengan penganjuran Pahang International Ocean Paddling Festival 2024.
"Usaha ini secara tidak langsung dapat memastikan industri pelancongan negeri sentiasa berkembang selain sebagai destinasi tarikan utama pelancongan di Malaysia," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Pahang International Ocean Paddling Festival 2024 yang berlangsung tiga hari berakhir hari ini di Pantai Cherating di sini menyaksikan lapan negara iaitu Malaysia, Thailand, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Hong Kong, China, Indonesia dan Singapura menyertai perlumbaan kanu laut.
Sementara itu, Leong berkata pihaknya juga melihat sukan kanu polo sebagai satu peluang besar untuk mempromosikan Pahang sebagai destinasi pelancongan sukan bertaraf antarabangsa.
"Dengan memanfaatkan populariti sukan ini dalam kalangan negara Asia, Pahang berpotensi menjadi gelanggang utama yang menarik minat pelancong dan penggiat sukan kanu dari seluruh dunia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#sukan pelancongan
#promosi
#Leong Yu Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan