KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan negeri Pahang dan Pulau Pinang kekal berada di Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 dan tidak akan kembali ke Fasa 1.
Bagaimanapun, jelas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pendekatan PKP bersasar akan dilaksanakan sekiranya jangkitan COVID-19 melebihi jangkaan di dua negeri terbabit.
"Pahang dan Pulau Pinang kita telah menetapkan nilai ambang 12.2 kes per 100,000 populasi untuk indikator pertama, yang kedua ialah kapasiti respons terutama ICU dan ketiga, vaksinasi.
"Kita telah buat keputusan tidak ada kembali ke PKP Fasa 1, apa yang kita laksanakan jika kes melebihi apa yang dijangkakan di Pahang dan Pulau Pinang iaitu tujuh hari ke belakang, kita akan menggunakan PKP bersasar iaitu untuk kawasan dan lokaliti sahaja sebab kita yakin boleh bendung dan memutuskan rantaian melalui kaedah tersebut," katanya dalam sidang media mingguan perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin melalui aplikasi Zoom pada Jumaat.
Dalam masa sama, KKM juga yakin kaedah vaksinasi akan dapat menurunkan kes jangkitan COVID-19 di negeri itu.
"Vaksinasi akan dipertingkat dan kami yakin kes jangkitan akan turun selepas lebih banyak vaksin diberikan kepada negeri terjejas tadi," ujarnya.
Astro Awani
Fri Jul 16 2021
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pendekatan PKP bersasar akan dilaksanakan jika jangkitan COVID-19 melebihi jangkaan di dua negeri itu. - Gambar fail/BERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pahang, Pulau Pinang tidak akan kembali ke PKP Fasa 1 - Dr Adham
Kerajaan memutuskan Pahang dan Pulau Pinang kekal berada di Fasa 2 dan tidak akan kembali ke Fasa 1.
Vaksin COVID-19: Suntikan harian cecah 421,479, tertinggi pernah direkodkan
Pemberian dos pertama adalah sebanyak 264,034 manakala dos kedua pula sebanyak 157,445 suntikan.
Vaksin COVID-19: 291,217 dos suntikan direkodkan pada 11 Julai - JKJAV
Kadar vaksinasi harian COVID-19 dalam negara menunjukkan sedikit penurunan pada 11 Julai dengan 291,217 dos.
732,911 individu terima dos kedua vaksin COVID-19 setakat Sabtu
Sejumlah 732,911 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat Sabtu.
73,710 dos vaksin COVID-19 selamat tiba di Johor Bahru
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menyambut ketibaan vaksin di Tambak Johor bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.
KKM rekod peningkatan jumlah kumulatif ujian saringan COVID-19 - Dr Adham
Jelas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, peningkatan ini dilihat dari ujian RT-PCR yang dicatat bermula tahun ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KKM sedia serap kakitangan kontrak kepada jawatan tetap
KKM juga menyediakan Program Pengajian Kepakaran Parallel Pathway yang meliputi 14 bidang kepakaran buat masa ini.
Klinik kesihatan jenis tiga di Serian siap Jun 2022 - Menteri Kesihatan
Pembinaan Klinik kesihatan (KK) jenis tiga di Serian, dijangka siap pada 9 Jun 2022.
Buka sempadan perkara terakhir bakal dilaksana kerajaan dalam usaha perangi COVID-19
Pembukaan pintu sempadan akan menjadi perkara terakhir dilaksanakan kerajaan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 dan memastikan trend jangkitan kes import terus berkurangan dalam negara.