awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang rekod lebih 720kg pengeluaran emas tahun lepas

Bernama
Bernama
05/12/2024
14:00 MYT
Pahang rekod lebih 720kg pengeluaran emas tahun lepas
Wan Rosdy berkata pengiraan tempoh hayat lombong yang menentukan berapa lama deposit emas berkenaan tidak dapat diukur dengan tepat, kerana ia bergantung kepada pelbagai faktor kebolehlaksanaan. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Terdapat tujuh pengeluaran emas aktif di Pahang dengan jumlah pengeluaran 720.8 kilogram (kg) bernilai RM155.6 juta pada tahun lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau memaklumkan di Pahang, jajaran emas terbentuk dalam jaluran tengah Semenanjung yang meliputi kawasan di Lipis, Raub, Maran, Pekan dan Rompin.
"Anggaran sumber deposit emas di negeri Pahang oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ialah 63.44 tan metrik, dengan anggaran nilai RM10.8 bilion," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chan Chun Kuang (PKR-Semambu) yang ingin tahu jangkaan deposit sumber emas di Pahang, dan berapa lama ia mampu bertahan.
Beliau berkata pengiraan tempoh hayat lombong yang menentukan berapa lama deposit emas berkenaan tidak dapat diukur dengan tepat, kerana ia bergantung kepada pelbagai faktor kebolehlaksanaan.
Antara faktor itu ialah jumlah rezab mineral emas terukur, skala operasi perlombongan, kadar pengeluaran lombong dan faktor lain termasuk aspek ekonomi mineral, dasar dan polisi semasa serta perubahan dalam teknologi perlombongan.
Selain itu Wan Rosdy memaklumkan hasil kutipan royalti jualan emas daripada Pahang Gold merekodkan lebih RM10 juta setakat November lepas dan RM5 juta pada 2023.
Sementara itu menjawab soalan Mohd Fadzli Ramly (ADUN Lantikan) sama ada kerajaan negeri berhasrat untuk memperkenalkan Ar-Rahnu iaitu pajak gadai Islam, Wan Rosdy berkata beliau sedia mempertimbangkan cadangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jualan emas
#aspek ekonomi
#ADUN lantikan
#JMB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan