Pahang terus kempunan dalam pemburuan tiga mata pertama saingan Liga Super musim ini, selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-3 di tangan PJ City FC, pada aksi di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), malam tadi.
Skuad Tok Gajah mahu mengutip mata berdepan PJ City FC selepas tewas 1-2 di tangan Selangor pada aksi pembukaan minggu lalu, namun gagal mempertahankan kedudukan 2-1, sehingga membenarkan PJ City FC bangkit meledak dua gol, untuk memperoleh kemenangan pertama musim ini.
Beraksi di venue alternatif, PJ City FC sebagai pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-11, menerusi pemain import Demba Camara, namun Pahang pantas menyamakan kedudukan empat minit kemudian, hasil sepakan penalti disempurnakan Dickson Nwaekame.
Pemain import baharu, Ivan Carlos meletakkan Pahang di hadapan selepas melakukan tampanan mengelirukan, yang menewaskan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed pada minit ke-51, tetapi kegembiraan itu tidak kekal lama sejurus R.Barathkumar, menjaringkan gol kedua PJ City pada minit ke-59.
Seakan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2, R.Kogileswaran mengesahkan kemenangan PJ City FC, menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.
Pada masa sama, Melaka merampas kedudukan pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan selesa 3-1, menewaskan Polis Diraja Malaysia pada aksi di Stadium Hang Jebat.
Gol tunggal Melaka pada babak pertama dijaringkan Uche Agba, apabila menanduk kemas bola hantaran rakan sepasukan Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman, sebelum bekas kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim meletakkan skuad Sang Kancil selesa, mendahului 2-0 pada minit ke-71.
PDRM enggan mengalah apabila merapatkan kedudukan menerusi Antonia Germain pada minit ke-81, namun Melaka berjaya mengekalkan disiplin bertahan, sebelum Wan Amirul Afiq melengkapkan malam gemilang Melaka, dengan gol ketiga dari luar kotak penalti pada masa kecederaan babak kedua.
Sementara itu, Terengganu FC II (TFC II) melakar kemenangan kedua berturut-turut, apabila menewaskan Perak II 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sekali gus mengutip enam mata untuk mendahului di puncak takhta Liga Premier.
Dua gol TFC masing-masing dijaringkan Bruno Suzuki pada minit ke-25, dan Muhamad Zuazyraf Zulkieflie pada minit ke-86.
Sementara itu, gol sendiri pemain Kuching FA Razziman Razali pada minit ke-54 memberikan Kelantan United, kemenangan kedua berturut-turut selepas menumpaskan Kuching FA 2-1 di Stadium Sultan Mohamad IV.
Terdahulu Kuching FA mendahului pada minit ke-19 menerusi Rafiezan Razali, sebelum Alfusainey Gassama meledak gol penyamaan Kelantan United FC.
Dalam pada itu, aksi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menentang Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, terpaksa dihentikan seawal minit keenam dan ditangguhkan ke satu tarikh baharu susulan cuaca hujan dan petir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 06 2020
Pemain PJ City FC Muhamad Syazwan Zaipol Bahari (kanan) mengasak pemain Pahang, Adam Michael Tull (kiri) pada perlawanan Liga Super 2020 di Stadium UiTM Shah Alam, pada Jumaat. - BERNAMA
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.