awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang tubuh jawatankuasa pastikan buah, sayur selamat di pasaran

Bernama
Bernama
22/05/2024
06:31 MYT
Pahang tubuh jawatankuasa pastikan buah, sayur selamat di pasaran
Wan Rosdy (foto) berkata penubuhan Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Penggunaan Racun Makhluk Perosak Dalam Sayur Dan Buah Negeri Pahang itu dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semalam. -Gambar fail
KUANTAN: Pahang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan bekalan sayur dan buah-buahan dalam pasaran negeri adalah selamat dimakan, di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penubuhan Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Penggunaan Racun Makhluk Perosak Dalam Sayur Dan Buah Negeri Pahang itu dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semalam.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengawal penggunaan racun makhluk perosak dalam sektor perladangan sayur dan buah di negeri ini, dengan objektif menyelaras dan mengawal selia aktiviti-aktiviti pemantauan penggunaan racun makhluk perosak, memastikan kawalan penggunaan racun makhluk perosak bermula dari ladang sehingga ke pasaran.
"Selain itu ia juga akan melaksanakan program latihan dalam kalangan pengusaha dan pengendali racun makhluk perosak, meningkatkan kerjasama di antara agensi yang terlibat di sepanjang rantaian bekalan bermula dari ladang hingga ke pasaran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Ir Razali Kassim, dengan lapan anggotanya terdiri daripada Pengarah Kesihatan negeri, Timbalan Setiausaha kerajaan Pahang (Pembangunan), Ketua Polis Pahang, Pengarah Pertanian Pahang, Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang.
Wan Rosdy berkata jawatankuasa itu juga akan menyelaras dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan mengikut fungsi agensi masing-masing, justeru beliau berharap dengan adanya jawatankuasa ini, kerajaan negeri dapat memastikan sayur dan buah-buahan di pasaran adalah selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Pahang
#mmk
#bekalan sayur dan buah-buahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan