awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paip utama siap diperbaiki, bekalan air Pulau Pinang pulih petang ini

Bernama
Bernama
25/06/2019
02:26 MYT
Paip utama siap diperbaiki, bekalan air Pulau Pinang pulih petang ini
Bermula 3 petang, bekalan air akan kembali normal kepada semua pengguna. - Gambar hiasan
Bekalan air kira-kira 200,000 pengguna di Seberang Prai Tengah, Seberang Prai Selatan dan sebahagian daripada bahagian Pulau, akan pulih secara berperingkat bermula jam 3 petang hari ini, selepas kerja-kerja pembaikan ke atas kerosakan paip utama selesai.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa hari ini berkata, kerja-kerja pembaikan terhadap paip air bersih 1,100mm telah siap kira-kira jam 5 pagi hari ini.
Katanya, dua modul di Pusat Rawatan Air (WTP) Sungai Dua, yang merupakan WTP terbesar di Pulau Pinang yang dihentikan operasinya, kini telah dimulakan semula dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada jam 11 pagi.
"Bermula 3 petang, bekalan air akan kembali normal kepada semua pengguna di Seberang Prai Tengah, Seberang Prai Selatan, dan di bahagian Pulau (akan berlaku) secara berperingkat," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Jaseni memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi terhadap gangguan bekalan air yang tidak berjadual ini dan sasaran mereka ialah untuk memulihkan bekalan air dalam tempoh 24 jam, iaitu lebih awal daripada indikator prestasi utama yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu 48 jam untuk gangguan seperti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#bekalan
#Jaseni Maidinsa
#kerja-kerja pembaikan
#PBAPP
#pulau pinang
#Pulih
#Seberang Perai
#SPAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan