awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pak Lah sihat, masih seperti dahulu - Reezal Merican

Bernama
Bernama
22/04/2021
20:45 MYT
Pak Lah sihat, masih seperti dahulu - Reezal Merican
Reezal ketika menziarahi Abdullah di rumah bekas perdana menteri itu pada Khamis. - Gambar FB Reezal Merican
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi berada dalam keadaan sihat dan masih seperti dahulu.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata demikian, selepas menziarahi Abdullah, atau lebih mesra disapa Pak Lah, di rumahnya semalam.
"Lazimnya saya akan menziarahi Ayahanda Tun Pak Lah dua kali sebulan. Cuma sejak empat ke lima bulan lalu, saya tidak berkesempatan melakukannya lantaran situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19.
"Ayahanda Tun Pak Lah sihat walafiat dan masih tetap seperti dulu. Ada sahaja gurau senda beliau tatkala kami mengimbau memori dan kenangan bersama.
"Semestinya juga perjalanan politik saya banyak dipandu dan dibentuk oleh beliau. Malah saya mewarisi satu legasi yang cukup besar yang telah dibina oleh beliau di Kepala Batas," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, semalam.
Sumber Facebook reezal.merican041
View this post on Instagram
A post shared by Reezal Merican
Topic Berkaitan
#Abdullah Ahmad Badawi
#Reezal Merican Naina Merican
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Pak Lah
#ziarah
#sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan