awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
31/01/2025
04:20 MYT
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu. - Gambar Facebook
KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya turut merampas 18 helai pakaian yang dilengkapi lencana atau lambang bersama aksesori pakaian berkenaan.
Katanya, pemeriksaan dilakukan di sebuah premis di Bandar Pinggiran Subang, di mana beberapa barangan yang dipercayai milik individu pertubuhan tersebut dirampas.
“Hasil siasatan mendapati majlis berkenaan dianjurkan oleh seorang individu daripada sebuah pertubuhan yang berlangsung di sebuah hotel di Sungai Buloh, Shah Alam.
"Pakaian yang dirampas difahamkan ditempah khas oleh peserta majlis serta ahli pertubuhan tersebut.
"Walaupun pertubuhan itu berdaftar, lambang serta lencana yang digunakan pada pakaian terbabit tidak selaras dengan lambang pertubuhan berdaftar. Tambahan pula, aksesori pakaian tersebut hampir menyerupai pakaian pasukan uniform rasmi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Jumaat.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan polis Selangor telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan beberapa individu menghadiri majlis dengan berpakaian menyerupai pakaian istiadat ketenteraan.
Menurut Hussein, video tersebut dikesan pada 3 Januari lalu melalui akaun TikTok @haris2.03.
Sehubungan itu, Hussein menasihati orang ramai agar tidak memakai pakaian atau aksesori yang menyerupai pasukan beruniform bagi mengelakkan pencemaran imej serta potensi salah guna.
Dalam masa sama, beliau menggesa orang ramai menggunakan media sosial dengan bijak dan melaporkan sebarang jenayah kepada balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#pakaian rasmi
#pasukan beruniform
#Polis Selangor
#pakaian istiadat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan