KERINDUAN ramai di antara anda untuk melakukan senaman di gimnasium selepas sekian lama akhirnya terubat.
Kebenaran untuk melakukan aktiviti fizikal di gimansium memberikan kelegaan kepada ramai penggemar aktiviti kecergasan dan kesihatan.
Namun untuk keselamatan patuhilah setiap SOP yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan sebaiknya. Kita kini menjadi penentu untuk menjadikan wabak melanda sekarang dapat dikurangkan penularannya.
Menyentuh tentang bersenam di gimnasium di antara perkara yangb penting ialah memilih pakaian yang sesuai.
Setiap orang pastinya mempunyai kecenderungan tersendiri untuk memilih pakaian yang lebih ketat atau longgar ketika melakukan senaman.
Salah satu perkara yang sering diambil ringan oleh ramai orang ialah memilih pakaian yang selesa, boleh bernafas (breathable) dan memberikan sokongan yang baik.
Jadi adakah pakaian lebih ketat atau longgar lebih baik untuk melakukan senaman?
KESELESAAN & ELAK KECEDERAAN
Melakukan senaman menggunakan pakaian lebih ketat memberikan sensasi tubuh badan menjadi lebih kompak dan secara tidak langsung memberikan visual bahawa anda lebih kurus.
Namun jika melakukan senaman menggunakan pakaian terlalu ketat ia akan menyebabkan aktiviti senaman jadi kurang selesa.
Malah jika ia berlarutan boleh menyebabkan berlakunya kecederaan. Perkara paling penting dalam memilih pakaian senaman yang sesuai adalah memberikan penekanan di bahagian pinggang, perut dan juga punggung.
Tidak dinafikan pakaian lebih ketat sering menjadi pilihan ramai untuk bersenam kerana ia membuatkan badan anda lebih kompak.
Akan tetapi apabila ia terlalu ketat di bahagian sekeliling pinggang dan punggung, boleh terasa sakit dan berlakunya kecederaan serius. Ia juga boleh menjejaskan aliran darah di bahagian tersebut.
Untuk atasi masalah ini anda harus pastikan untuk memilih pakaian yang membenarkan anda melakukan pelbagai gerakan dengan selesa.
Pakaian yang longgar pula memberikan keselesaan untuk bersenam. Cuma masalahnya ia tidak melekat pada badan lalu membuatkan kita berasa sedikit tidak selesa.
PAKAIAN MENGIKUT AKTIVITI SENAMAN
Apa yang paling penting adalah tidak memilih pakaian terutamanya baju yang terlalu menggelebeh. Apatah lagi memakai baju yang saiz lebih besar dari saiz normal anda.
Melakukan senaman berbeza dalam persekitaran yang berlainan menuntut anda untuk memilih pakaian sesuai.
Sebagai contoh untuk melakukan larian di kawasan terbuka anda perlu elak memakai seluar yang terlalu ketat dan membataskan pergerakan.
Begitu juga untuk aktiviti yoga di mana ia merupakan senaman berimpak rendah dan lebih relaks. Jadi untuk senaman ini anda bolehlah pilih pakaian yang lebih longgar.
Sebelum melakukan apa-apa aktiviti senaman atau kecergasan, usah terlalu terburu-buru.
Pilihlah pekaian yang sesuai kerana bukan sahaja ia memberikan keselesaan tetapi memberikan kualiti senaman yang jauh lebih baik!
* Artikel asal disiarkan di Maskulin.
Maskulin
Sat Oct 30 2021
Tidak dinafikan pakaian lebih ketat sering menjadi pilihan ramai untuk bersenam kerana ia membuatkan badan anda lebih kompak. - Foto Maskulin
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan
Seorang remaja perempuan yang didakwa hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui selepas usaha pencarian dilakukan media sosial.
Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula, kini dengan wajah baharu
Selain penambahbaikan fasiliti, beberapa tarikan baharu turut dibina buat warga kota yang ingin meluangkan hujung minggu bersama keluarga.
Bersenam cara saya
Namun ditengah-tengah kesibukan berkerjaya melebarkan jaringan kenalan dan mesyuarat serta diselang-seli dengan sarapan, makan tengahari dan makan malam, rasanya tiba masanya untuk saya bersenam.