awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2020
14:27 MYT
Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan
Menurut seorang ahli keluarganya, remaja itu hanya keluar bersama rakannya. -Gambar/ Media sosial
Seorang remaja perempuan yang disangkakan hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui, petang tadi.
Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu bukan mengalami perkara buruk seperti yang dibimbangi keluarganya yang melancarkan usaha mencari melalui media sosial sebaik menyedari dia tidak pulang ke rumah pagi tadi.
Sebaliknya, menurut seorang ahli keluarganya dikenali sebagai Renee Marina, remaja itu hanya keluar bersama rakannya.
"Terima kasih atas bantuan semua. Kami telah menemuinya dalam keadaan selamat.
"Telefon bimbitnya kehabisan bateri dan dia hanya keluar bersama rakan-rakan," katanya dalam ruangan komen di status Facebooknya selepas beberapa jam menghebahkan 'kehilangan' remaja berkenaan.
Jelas Renee Marina, kehilangan remaja itu mengundang kebimbangan ahli keluarga mereka.
"Sekarang kami akan membebel kepadanya. Terima kasih sekali lagi kepada semua," katanya.
Terdahulu, difahamkan ibu remaja berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jelutong berhubung kehilangan anaknya itu, kira-kira pukul 1 petang.
Topic Berkaitan
#16 tahun
#Balai Polis Bukit Jelutong
#Bersenam
#Jogging
#Remaja perempuan
#Telefon bimbit
#TTDI Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan