Tindakan "pakar-pakar tidak bertauliah" mengeluarkan pelbagai kenyataan dan teori susulan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, ditempelak seorang anggota Parlimen yang menyifatkan mereka hanya mengambil kesempatan atas kejadian berkenaan.
Datuk Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata berbeza dengan reaksi warga Belanda, antara negara yang turut terkesan dalam tragedi itu, ada rakyat Malaysia begitu mudah menuding jari dan menyalahkan kerajaan dalam isu yang belum tentu hujung pangkalnya.
"Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya tanpa mengira fahaman politik perlu bersatu dalam menghadapi waktu-waktu sukar seperti ini. Kalau dilihat kenyataan-kenyataan termasuk di laman sosial, seolah-olah warga Malaysia ini menyalahkan kerajaan," katanya.
Wee berkata demikian ketika membahaskan usul tragedi pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lepas, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.
Wee turut menempelak satu kenyataan dalam laman sosial sebelum ini yang membayangkan seolah-olah Malaysia sebuah negara "menggerunkan" dan "tidak berguna" susulan kejadian itu.
"Kenyataan seperti ini tidak patut dikeluarkan. Kalau rakyat biasa kita boleh maaf, tapi ini (diluahkan) anggota keluarga kepada rakan kita di dalam dewan ini," katanya.
Persidangan dewan seterusnya gamat apabila 'jentikan' Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terkena Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak wajar di laman Twitter berkaitan usaha mendapatkan kotak hitam pesawat MH17.
Dakwaan itu dibantah keras Mohd Rafizi yang mendesak Wee menarik balik kenyataannya kerana disifatkan berniat jahat.
"Saya sudah buat kenyataan berhubung perkara ini dan menyatakan laman Twitter saya telah digodam. Saya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu," katanya yang berterusan mendesak Wee menarik balik dakwaan beliau.
Pertikaman lidah itu turut disertai beberapa anggota Parlimen pembangkang yang cuba mempertahankan Mohd Rafizi sebelum ditamatkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandie yang memutuskan supaya Wee tidak lagi menyentuh dakwaan berkenaan.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia itu terhempas selepas dipercayai ditembak peluru berpandu.
Bernama
Wed Jul 23 2014
"Pakar" ambil kesempatan tragedi MH17 ditempelak
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.