awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan Sarawak jamin projek lebuh raya diteruskan

Rohana Wahed
Rohana Wahed
14/05/2018
09:15 MYT
Pakatan Harapan Sarawak jamin projek lebuh raya diteruskan
Kerajaan Persekutuan juga mahu projek mega itu dapat disiapkan mengikut jadual. - Gambar fail
Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen sebentar tadi memberi jaminan bahawa projek Lebuh Raya Pan Borneo yang bernilai RM16.49 bilion di negeri ini diteruskan.
Projek 11 pakej itu sebaliknya hanya akan diaudit semula dari aspek pelantikan kontraktor dan pemberian tender kontrak.
"Proses audit membabitkan kontraktor utama dan subkontraktor, terutama dari aspek pelantikan kontraktor dan proses tender kontrak.
"Kami mahu pastikan mereka yang melakukan kerja dibayar pada harga kontrak dan tidak mahu wang masuk ke dalam poket peribadi kroni," katanya pada sidang media Pakatan Harapan di Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini.
Tegasnya, Kerajaan Persekutuan juga mahu projek mega itu dapat disiapkan mengikut jadual.
Projek yang dilaksanakan oleh Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd ini merupakan projek mega di bawah kerajaan sebelumnya.
Dikendalikan oleh Kementerian Kerja Raya, projek ini merangkaikan Sematan hingga ke Lawas di Sarawak.
Topic Berkaitan
#audit
#Chong Chieng Jen
#kontrak
#lebuh raya
#Pakatan Harapan
#Pan Borneo
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan