Tiga syarat yang diletakkan PKR kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi bukti semua parti di bawah Pakatan Harapan tidak ikhlas mahukan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjadi perdana menteri.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia menunjukkan semua parti di dalam Pakatan mempunyai niat dan tujuan tersendiri menggunakan Dr Mahathir di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Dalam keadaan yang sama, Dr Mahathir juga tiada cara lain, melainkan juga mahu menggunakan Pakatan bagi melunaskan dendam kesumatnya kepada Barisan Nasional (BN).
"Persoalannya, apa akan jadi kepada negara dan rakyat jika Pakatan menang dalam pilihan raya akan datang?
"Sudah pasti negara dan rakyat akan rugi, kerana pada mereka, agenda masing-masing dan peribadi yang paling penting," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
BACA: #MalaysiaMemilih: Tun Mahathir calon perdana menteri pilihan PKR?
BACA: Pakatan masih gagal capai kesepakatan - Salleh
Sebuah portal sebelum ini melaporkan dengan memetik sumber, PKR meletakkan tiga syarat sebelum bersetuju dengan cadangan Pakatan untuk menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pada Pilihan PRU14 akan datang.
Syarat pertama ialah sebaik sahaja Pakatan mengambil alih Putrajaya selepas PRU14, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibebaskan dengan segera dan dilantik sebagai perdana menteri dalam tempoh enam hingga dua belas bulan.
Syarat kedua pula ialah, PKR perlu diberikan kerusi Parlimen terbanyak berbanding parti-parti lain dalam Pakatan dan syarat ketiga ialah, Dr Mahathir perlu bersetuju untuk melakukan reformasi kepada institusi-institusi penting di negara ini.
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR Tian Chua sebelum ini memberitahu, tiada sebarang persetujuan dicapai dalam mesyuarat biro mengenai siapa calon perdana menteri pilihan PKR, seperti mana yang dilaporkan dalam sebuah portal berita.
Menurut Ahli Parlimen Batu itu, laporan itu dianggap mencurigakan kerana beliau tidak tahu siapa sumber yang dipetik, serta apa tujuan sebenar individu itu mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal berita itu.
Justeru tegas Shamsul, rakyat mesti menolak Pakatan yang tiada hala tuju jelas untuk negara ini.
"Bagi pengetahuan semua tiga syarat ini dipetik daripada sumber dan peliknya dalam PKR sendiri pun nampaknya bercelaru pendirian mereka soal siapa yang akan dicalonkan sebagai PM.
"Ini lebih mengelirukan apabila kita teliti pula kenyataan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzli yang membuat kenyataan agak berlainan dan ia mengambarkan bahawa mereka sebenarnya masih tidak pasti siapa yang akan menjadi PM jika Pakatan menang dalam PRU14 ini.
"Pada saya jangan kita letakkan negara ini dalam keadaan yang tidak tentu arah. Melantik PM sementara dan kemudian menunggu Anwar dibebaskan bagi membolehkannya menjadi PM adalah suatu langkah yang membawa negara ini ke arah kehancuran dan ketidakstabilan baik dari segi politik dan juga ekonomi," jelasnya.
Oleh itu tegasnya, apa yang patut diberikan kepada rakyat ialah kerajaan yang kuat dan stabil dan membawa negara ke arah yang lebih baik selepas PRU kelak.
"Jadi kalau inilah keadaannya saya yakin negara akan rosak, keyakinan negara luar dan pelabur akan hilang dan ekonomi akan terganggu.
"Ini baru soal siapa calon PM, dan belum lagi bercakap soal manifesto atau agenda negara.
"Saya fikir bila sampai soal ini nanti, ia akan bercelaru kerana setiap parti di dalam Pakatan ada agenda tersendiri," ujarnya.
Tambah Shamsul, situasi itu akan menimbulkan konflik apabila masing-masing nanti mahu menonjolkan diri atau pertahankan agenda mereka.
"Dalam keadaan ini yang rugi tetap rakyat. Oleh itu yang sangat jelas dan berpadu serta berprinsip adalah BN.
"Saya yakin mereka di dalam Pakatan masih berbalah dan tidak mempunyai kesepakatan dalam soal PM, cuma mereka berselindung dan menyembunyikan pertelingkahan ini.
"Ini dibuktikan dengan pelbagai kenyataan berbeza antara satu sama lain. DAP tentulah juga punyai hasrat meletakkan pemimpin veteran mereka menjadi PM," katanya.
Shamsul turut menyatakan kepercayaannya kepada situasi DAP itu akan berlaku selepas keputusan PRU kelak.
"Jika selepas keputusan PRU keluar jika antara mereka memenangi banyak kerusi pasti mereka akan tawar menawar soal siapa menjadi PM, parti yang banyak memenangi kerusi tentu akan membuat pelbagai tuntutan dan jika tidak menjadi PM pasti mereka mahu PM yang boleh mengikut telunjuk mereka.
"Jika ini berlaku maka ketidakstabilan negara akan berlaku, ini yang patut rakyat fikirkan," jelasnya.
Sementara itu Shamsul memberitahu, bagi sesetengah pimpinan Pakatan, mereka mungkin mahu Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.
"Kalau dari segi usia masih boleh berbanding dengan Dr Mahathir, malah saya percaya dia keluar UMNO dan menubuhkan parti baru kerana mahu menjadi PM, namun jelas nampaknya Muhyiddin langsung tiada dalam senarai.
"Ia sesuatu yang malang bagi Muhyiddin dan saya percaya dia kecewa. Dalam nada kenyataannya sebelum ini jelas dia berkeras agar segera diumumkan siapa PM.
"Kalau diteliti nada kenyataannya, jelas Dr M belum disahkan oleh Pakatan sebagai calon PM dan seolah olah Muhyiddin juga berminat menjadi PM, namun malangnya namanya tidak timbul," katanya.
Apa yang jelas tegas Shamsul, Pakatan bercelaru dalam soal penentuan calon PM.
"Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada portal berkenaan juga jelas menunjukan kecelaruan soal ini.
"Kata Muhyiddin rakyat mahu tahu siapa calon PM Pakatan, sekarang saya hendak tanya Muhyiddin, rakyat yang mana?
"Bukan majoriti rakyat sebenarnya tetapi hanya ahli mereka saja yang hendak tahu siapa calon PM Pakatan," tegasnya.
Katanya lagi, bagi majoriti rakyat, ahli dan pendokong BN, mereka jelas sudah tahu Datuk Seri Najib Tun Razak adalah PM selepas PRU 14 jika BN berkuasa.
Datuk Seri Najib ujarnya, sudah ada rekod memimpin dan mampu membawa negara ke arah lebih baik.
"Rakyat percaya bila memilih BN mereka tidak perlu menanggung risiko terutama menanti Anwar dibebaskan dari penjara.
"Mahukah rakyat Malaysia menerima bekas banduan menjadi Perdana Menteri?" soalnya.
Wan Syamsul Amly
Fri Dec 29 2017
SHAMSUL: Apa akan jadi kepada negara dan rakyat jika PH menang dalam pilihanraya akan datang? - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.