awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakej 12A LRA Sungai Dua bakal tambah kapasiti air di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
08/09/2024
10:01 MYT
Pakej 12A LRA Sungai Dua bakal tambah kapasiti air di Pulau Pinang
Pathmanathan berkata Pakej 12A itu modul rawatan air baharu di dalam kawasan LRA Sungai Dua yang dibina sebagai respons terhadap peningkatan permintaan air pascapandemik. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Pakej 12A di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua yang dijadualkan dirasmikan pada Sabtu depan dijangka meningkatkan kapasiti rawatan air Pulau Pinang sebanyak 114 juta liter sehari (JLH) bermula bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk K.Pathmanathan berkata Pakej 12A itu modul rawatan air baharu di dalam kawasan LRA Sungai Dua yang dibina sebagai respons terhadap peningkatan permintaan air pascapandemik.
Beliau berkata LRA Sungai Dua ialah loji rawatan air terbesar dan paling penting di negeri itu dengan membekalkan air terawat kepada kira-kira 465,000 pengguna air setiap hari.
"Oleh itu, manfaat Pakej 12A akan dinikmati 465,000 pengguna air di kawasan perkhidmatan LRA ini. Di tanah besar, kawasan perkhidmatan LRA Sungai Dua merangkumi kebanyakan kawasan di Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).
"Air terawat dari LRA Sungai Dua juga dipam kepada pengguna di Daerah Barat Daya (DBD) dan beberapa kawasan di Daerah Timur Laut (DTL) di bahagian pulau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pathamanathan berkata pihaknya juga mengepam hingga 33 JLH air dari Sungai Dua ke kawasan perkhidmatan Air Itam di bawah Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) pada tahun ini.
Sementara itu, kerja-kerja pemasangan paip baharu yang merentasi Sungai Perai berhampiran Jambatan Ampang Jajar telah dimulakan dan dijadualkan mula beroperasi pada Jan 2026.
Beliau berkata apabila siap kelak boleh menambah dan meningkatkan jumlah air terawat dari LRA Sungai Dua ke bahagian pulau sekali gus dapat menangani isu kekurangan air di beberapa kawasan tanah tinggi dan kawasan hujung paip agihan (HPA) di DBD serta DTL.
Pemasangan paip berkenaan akan membekalkan lebih banyak air kepada kira-kira 120,000 pengguna air di bahagian pulau termasuk kilang di Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas selain meningkatkan kestabilan perkhidmatan bekalan di kawasan barat, barat daya dan selatan pulau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Loji Rawatan Air Sungai Dua
#Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
#K Pathmanathan
#meningkatkan kapasiti rawatan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan