awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan ucap terima kasih kepada Malaysia atas bantuan banjir

Bernama
Bernama
26/09/2025
20:00 MYT
Pakistan ucap terima kasih kepada Malaysia atas bantuan banjir
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia juga turut serta dalam usaha bantuan banjir di Pakistan.
NEW DELHI: Pakistan pada Jumaat merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan yang ditawarkan susulan banjir besar yang melanda negara itu pada musim monsun ini.
"Kami amat menghargai kerajaan dan rakyat Malaysia atas keprihatinan menghulurkan sokongan tepat pada masanya terhadap usaha bantuan banjir di Pakistan. Bencana berulang akibat perubahan iklim ini terus menekankan keperluan mendesak tindakan global secara kolektif mengenai perubahan iklim," menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu hantaran di media sosial.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia juga turut serta dalam usaha bantuan banjir di Pakistan.
Wakil Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada Khamis berkongsi butiran kerja bantuan mereka bersama Kaunselor di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Mohd Syafik Firdaus.
Syafik menyuarakan harapan agar lebih banyak NGO Malaysia tampil memberi bantuan kemanusiaan kepada komuniti yang terjejas banjir di Pakistan.
Banjir akibat hujan lebat itu menjejaskan lebih lima juta penduduk, memusnahkan 4,100 kampung dan meragut lebih 1,000 nyawa, menurut angka rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan
#Malaysia
#Banjir pakistan
#monsun
#pengurusan bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan